Wednesday, October 1, 2014

PERTUBUHAN MELAYU MURTAD DILULUSKAN? ROS TIDOR KER? @ROSMalaysia @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Ini lah dunia akhir zaman. Semuanya dah gila dan sanggup buat apa saja asalkan Islam dihancurkan di bumi Allah ini. Inilah kerja musuh-musuh Islam. Setakat ini  diketahui dgn lebih lanjut tentang kebenaran Persatuan (IFC) ini diluluskan ataupun tidak tetapi mengetahui ada ura-ura IFC Malaysia hendak ditubuhkan tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia.


Tetapi baru-baru ini di media sosial ramai dah habaq persatuan ini telah DILULUSKAN SECARA SENYAP-SENYAP. Betui ka? Mana agensi kerajaan yang bertanggungjawab? TAKKAN TIDOQ KOT?? ROS HANGPA SEMUA MANA?? DUDUK GOYANG KAKI MAKAN GAJI BUTA KA?


Meh sini aku nak habaq lagi sekali apa tuntutan depa kafir laknat nie untuk menubuhkan persatuan bangang nie....

Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.


2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.


8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? 


KLIK LAGI DI SINI


Bila aku buat semakan dalam website ROS, memang tiada dalam list Persatuan Melayu Murtad ini telah diluluskan. Tapi kenapa sehingga sekarang ROS MASIH TIDOQ?? Jika benar persatuan ini haram, ROS perlulah buat sesuatu menyatakan pada masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia persatuan ini haram.

Takkan kerja macam tu pun nak kena Pak Menteri dan Timbalan Menteri yang buat atau cakap. Hangpa semua penakut ka?? Adakah perkara macam nie nak kena tunggu JAKIM jugak buat kerja???

Banyak aku tengok ROS nie membisu...isu DAP sampai sekarang pun entah apa-apa. Bila ditanya kata macam2...bla bla bal...itu ini. Tolonglah yer....rakyat sekarang dahagakan informasi dari kerajaan. Bukannya dari pihak2 lain yang sumbernya sahih atau tak!!


Mana ROS? Mana KP ROS? Takkan tidoq kot...kalau tidoq baik tak payah buat kerja. Kami semua sayangkan Islam...bukannya nak biaqkan Islam diperjudikan macam tu saja. Boss-boss KDN pun tolonglah pantau sama....jangan duk goyang kaki MAKAN GAJI BUTA SAJA NAAA. Rasenya ramai yang ada mulutkan, takkan DIPAKSA KUNCI KOT???


ORANG2 GOMEN DEPA KECUT TELOQ BUAT KERJA BANYAK IKUT BUKU!! ELOKLAH HANGPA NIE SEMUA LAYAN LAGU CINTA MUKA BUKU!! KEH KEH KEH


<iframe width="420" height="315" src="//www.youtube.com/embed/9fKVNb-dYVc" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


Friday, May 30, 2014

PILIH DYANA DAPAT AIR LIUR! PILIH MAH DAPAT PUTRAJAYA? #BattleOfTelukIntan #PRKTelukIntan


Dah lama cheq tak menulis untuk bacaan hangpa semua kan. Ini bukan apa, seronok jugak bila cheq duk pi kat Teluk Intan. Banyak jugaklah yang cheq dapat info...paling menariknya pengundi Teluk Intan ramai bertanya, awat DAP letak calon yang depa sendiri tak kenai. Sedihhhh naaaa.

Ramai yang bertanya, apa depa dapat lagi kalau Dyana dipilih sebagai Ahli Parlimen baru depa. Rasanya dah 2 penggal Teluk Intan ni jadi kubu kuat DAP, tapi ramai cakap-cakap pengundi bagi tau cheq...Teluk Intan ini menjadi trend boleh bertukar bila sampai masanya.


Cheq tak sokong mana2, siapa pun pemimpin yang dipilih haruslah ada rasa tanggungjawab pada rakyat. Nak perjuangkan hak rakyat bukan hanya di dewan parlimen saja tau. Amanah yang diberikan oleh pengundi adalah tanggungjawab yang harus setiap pemimpin yang dipilih itu laksanakan.

Jangan hanya pandai cakap saja. Nak jadi pemimpin pun kena pandai cakap, tak kira lah hangpa semua goreng saja dalam setiap isu yang ditanya...tapi boleh jawab soalan yang diajukan bukannya ada orang lain jawab.

Cheq suka tengok Dyana nie, tapi kesian ilmu dia tak cukup lagi. Nak jadi pemimpin kita kenalah berilmu yang cukup...bukannya main ceduq sana sini saja. Mana2 parti yang betul dan baik pelaksanaannya itu yang cheq sokong.

Pada pengundi Teluk Intan, hangpa ni semua kawan2 kampung cheq. Kalau nak perubahan buatlah, jangan pandai cakap terpekik terlolong saja. Kalau hangpa nak ahli parlimen yang jadi Menteri dan banyak perubahan dan bantuan yang senang diberikan....hangpa semua pikiaq sendiri la naaaa!!



Baik Punya Hadiah Untuk Orang Teluk Intan!!!!


Monday, March 3, 2014

KENALI ORANG MELAYU HOBINYA 'KAKI JILAT' SAMPAI LICIN! @NajibRazak @HishammuddinH2O @Zahid_Hamidi


Hangpa kenai tak dengan mamat gambaq kat atas ni. Kalau tengok nama memang hebat, tapi bila tengok depan2 harammmm...apa pun tak dak.

Merempat sana sini bawa nama persatuan NGOnya tapi yang sedap poketnya sendiri. Bukan apa, aku ni orang sama kawasan dia. Duduk BTR tak laku, masa kempen dulu pun sibuk habiskan duit si Syed Rahman tu...padan muka kalah boss hang tu. Lain kali jangan cakap berdegah yer....pandai itu ini tapi hasilnya HABUK PUN TAK DAK!!!!

Nak kata dia ni baguih sangat pun tak jugak, hangpa semua ingat nak program dia tunjuk pungkok kat depan rumah Ambiga tu. Apa kesudahannya? Tak dak apa2 kan...yang malu balik siapa? Kerajaan BN jugakkan. Paling malu kita sebagai orang Melayu...patut tunjuk teladan baik bukannya ikut perangai macai pakatan tu.

Budak2 Ali Tinju ni pun aku rasa depa tau perangai boss depa ni...Ali Tinju suka bawak balik pompuan kat umah dia walaupun dah ada bini. Awat perangai lagu tu...patutlah kerja dia kawen cerai, kawen cerai. Malu lah...macam ni pun boleh diangkat sebagai ketua NGO bekas tentera kan!!


Bila aku tengok video Ali Tinju ni, macam pelik pun ada jugak. Nak kata dia ni bodoh pun ada jugak. Sendiri buat sendiri yang kantoikan diri sendiri. Hangpa rasa lagu mana? Tengok gambaq kat bawah sat....aku bukan nak bela sape2, tapi kalau sebagai NGO yang menyokong kerajaan....janganlah sampai jilat taik sendiri naaaa.





Dah sanjung2 lepas tu maki hamun balik...lepas tu mengaku salah atas kesilapan sendiri. Sebab apa, masa tu Zahid ada 'sapu' kat hang sikit kan...betui tak Ali Tinju? Persatuan hang tu pun bukannya betui sangat...nama jer beribu ahli, tapi awatnya semuanya tenggelam timboi.

Aku nak habaq kat sini hang ni BODOH, pasainya tengok balik video hang kat Malaysiakini tu. Hang cakap "Siapa akan rugi kalau u spin benda tu?"

"Hang mahukan keuntungan dan popular tapi hakikatnya ahli2 hang jadi masalah atas sikap tak bertanggungjawab hang"

"Barulah ada kewibawaan dan boleh diangkat sebagai pemimpin yang benar"...Soklan2 tu semua rasanya kena batang hidung hang balik.

Zahid Hamidi pun bukannya betui sangat pun, duk layan Ali tu jugak pasai apaaa?? Tolonglah Zahid, bila hang buat keputusan tu tolonglah betui2...jangan duk kalut jaaa. Bosan laaaaaa

Pikiaq la sendiri naaaa....


Macam pelik bila dia dengan CKMM, syok 'cium teloq' 
kaaa Ali... jeng jeng jeng!!!!


Wednesday, February 26, 2014

SISTEM PBS BIKIN CIKGU BOLEH JAHANAM? YANG SYOKNYA SIAPA?? @MuhyiddinYassin @KemPendidikan @NajibRazak


Assalamualaikum semua. Per habaq? Lama rasanya aku tak menulis, banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. Lama tak menulis ni, banyak pulak al kisah politik tanahair yang duk pening kepala bila aku tengok. Macam2 jadi la ni, elok2 dah buat PRU13 ada pulak yg duk pandai2 ajak semua buat PRK.

Pada aku senang, dua2 parti bodoh...menyusahkan rakyat dan rakyat pun jadi bodoh sebab kena buang undi lagi sekali. Bukannya wakil rakyat yg hangpa pilih aritu mati terkangkang ka...ape ka. Betui tak??

Kita tolak tepi pasal politik PRK ni semua. Kalau layan bukannya datang faedah pun. Yang aku sedih skang ni dengan sistem pendidikan negara kita sekarang ni. Kenapa dulu masa buat tak pikiaq langsung buruk baiknya?

Contoh PBS ni...laksanankan sistem ni untuk memudahkan kerja guru-guru atau nak menjahamkan diaorang? Awat PBS ni menyusahkan guru-guru? Awat sampai nak selesaikan maklumat seorang pelajar memakan masa sampai 1 jam? Kata sebelum ni PBS canggih tapi kalut gak aku tengok. Boss2 kat Kem Pendidikan, hangpa semua takda mata dan akai ka tuk pikiaq hal ni dari dulu lagi??

Lanie aku tengok isu pendidikan dah jadi isu politik. Perlu ka jadi lagu ni? Cuba pikiaq, dua2 parti amik kesempatan dan masing2 nak tunjuk hero...kata depa tu salah bodoh tak pandai...dan sorang kata depalah paling pandai. Yang jadi mangsa siapa?? Anak2 kita gak yang duk belajaq kat sekolah kerajaan la nie.


Sekarang tengok dengan PRK nya lagi, dua2 parti nak tunjuk hero kononnya boleh selesaikan masalah rakyat. Pada pihak kerajaan BN pula, jangan marah kalau sekarang ni cikgu2 duk malas nak sokong hangpa semua. Memang betul tindakan cikgu2 ni, aku setuju....sebab dah lama sangat pemimpin UMNO ni duk senang lenang. Cakap saja pandai tapi kerja tak buat demi untuk rakyat.

Paling best sekarang ni, Kem. Pendidikan kata tangguh PBS. Abis ape benda yang hangpa semua buat selama 3 tahun ni jadi apa?? Nampak sangat buang masa dan tenaga. Yang kenyang vendor yang diberikan projek (open tender ker direct nego yer??) Nak selesaikan masalah??? Pandailah kutu2 vendor yang dapat projek tu PROPOSED solution yg baru. Macam2 la alasan bagi kan?? Nama pun bisness...standard la tu kan. Ingat!! Cikgu2 tak bodoh tau...kalau tak camner depa boleh didik anak2 kita jadi pandai.

Awat baru lani nak kaji semula PBS? Awat dulu tak kaji betui2 ker? Masalah yg sama cikgu2 kena tapi kementerian wat bodoh jer?? Banyak benda jadi lagu ni dalam polisi kerajaan. Contoh pembelajaran Sains dan Matematik dalam English, siapa yang banyak lingkup?? Jawapannya orang Melayu.

Berapa banyak duit kita habis untuk buku, training semua bagai? Pendapat aku sistem pendidikan kita banyak duk ikut cara negara luar...mungkin nampak canggih tapi hakikatnya tak sesuai dengan struktur masyarakat negara kita. PBS ni lebih kurang sama jelah masalahnya. Aku sokong cikgu2 ni demo bagi orang2 Kem. Pendidikan ni bukak mata sikit. Buat demo tak semestinya ikut cara pembangkangkan??


Nak tau lagi pasai PBS ni, aku sarankan hangpa semua baca klik Kat SINI. Semuanya telah terjawab, pandangan bernas dari seorang cikgu. Bila bermula sistem PBS ni sampailah macam2 masalah timbui, semuanya ada kat link yg aku kongsikan tu.

Pokoknya pihak kerajaan sebelum hangpa nak buat apa2 kaji dulu buruk baiknya. Buat test run, kalau jumpa masalah perlu ditambahbaik.....dah perfect barulah implement. Jangan duk sangat ikut atas kertas tu....pegawai2 kementerian pulak jangan asyik 'Ok Boss! Boleh buat Boss! No problem Boss'. Jadi masalah semua nak lepas tangan.....


Jadi Cikgu Penin, Jadi anak murid pun penin. 
Nak jadi lagu apa lepaih ni???


Thursday, January 9, 2014

PEGAWAI KHAS @HishammuddinH2O DITANGKAP SPRM? APA KES? @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Kalau kantoi kes rasuah memang UMNO asyik kena jer kan? Hangpa rasa cam mana? Betui tak? Syabas aku nak ucapkan pada SPRM sebab depa semua buat kerja dengan betui.

Disabit kesalahan mestilah kena dengan hukuman setimpalnya. Paling aku 'RESPECT' pegawai menteri DS Hishammuddin a.k.a CKMM kantoi kes rasuah apa kes?

Maklumat yang aku terima ada kena mengena dengan CKMM disalah satu kementerian yang dia pegang. Awat jadi lagu tu Dato' Seri? Betui ka pegawai khas hang buat projek kaw-kaw sampai boleh jadi fail.

Rakyat marah tau dan projek yang dimaksudkan MySIKAP nie 100% fail. Apa tindakan CKMM dan respon yang diberi? Takkan senyap lagu tu ja??


Projek ini sudah pasti menelan belanja yang tinggi kerana ia adalah satu lagi projek yang berasaskan teknologi tinggi dan sudah tentu melibatkan kontraktor, juru runding serta pembekal yang bukan calang-calang bayaran bagi perkhidmatannya.

Sekali lagi, tanpa sebarang percubaan, sistem ini telah dilancarkan dengan mengandaikan pengguna iaitu rakyat adalah tikus ujikaji yang sanggup bertahan dengan karenah cuba gagal sistem MySIKAP tersebut manakala pihak pembekal bersikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab.

Aku difahamkan pegawai khas yang kantoi nie ada kena mengena dengan projek yang CKMM dah atur kan...betul ke? Kalau benar bagai dikata memang betullah cakap orang pegawai khas menteri nie boleh kaya sebab sama2 penuhkan poket sendiri...dari pikiaq pasal poket rakyat.


Kalau betul CKMM ni telus, awat pegawai khas dia ditangkap kena gari yer? Kalau hanya perlu beri kerjasama kan SPRM panggil cara baik dan pegawai khas ni boleh datang mengadap.

Macam pelik jer?? Macam musykil jer?? Macam ada apa2 jer??

Nak backup 'Boss' sendiri pun tak payah la nak lambung kaw-kaw yer tak?? Keh keh keh....


Awat manusia lanie perangai pelik2 haa?? Kalut betuiii....


Saturday, December 28, 2013

KENAPALAH MALAYSIA ADA MENTERI 'PANDAI SANGAT' MACAM NI?? @HasanMalekKP @NajibRazak @rafiziramli @AmenoWorld


Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat.

"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke Sekolah' AEON.

Hasan turut menggesa supaya semua perniagaan untuk bertimbang rasa.

"Tolong bantu kementerian dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya."

Beliau berkata, pegawai kementerian akan membuat pemantauan, dan meminta pengguna yang menyedari tentang kenaikan harga melampau supaya membuat aduan.

"Kita merancang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi," katanya.

Mengenai kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan seharusnya mengurangkan kos berbanding menaikkan harga, Hasan berkata, beliau menghormatinya tetapi tidak bersetuju dengan pandangan itu.

"Kita akan melihat pandangan Tun serta rakyat. Kita mahukan sistem yang terbaik."

Sesiapa yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian hotline kementerian di 1-800-886-800, atau emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.

Awat mentality  Menteri Kerajaan skang ni...depa ni bebai ka atau buat2 bebai. Awat depa ingat rakyat mesti dengaq dan ikut cakap depa ka? Depa lupe ka, PRU13 siapa yang bagi mandat pada UMNO/BN terus memerintah negara.

Hangpa semua jangan buat2 lupa or buat2 bodoh naaa. Aku sebagai rakyat nak komen sikit secara logik akal kalau hangpa pemimpin jawab main sedap mulut ja.

1. Menteri KPDNKK habaq "Rakyat sokong harga barang naik sebab tak der aduan dibuat" - awat dia ingat harga barang naik ni macam kes jenayah ka? Semua rakyat kena pi buat repot di balai polis atau pejabat KPDNKK tu sendiri?

2. Ada ke orang suka kalau harga barang naik? Contoh harga gula naik 20sen, peniaga kedai makan pun naik 20sen setiap harga yang dijual. Kalau tak naik pun depa main suka suki letak harga. Selama ni pernah ker KPDNKK pantau betul2? Baik menteri dulu dan skang sama jer.

3. Aduan tak dibuat? Pernah ker Menteri turun padang tanya sendiri rakyat marhaen macam kami ni. Kalau tanya pegawai atau pun sekutu sepakat memang la depa jawab semua ok, sebab poket depa pun penuh dah banyak isi kan.

4. Menteri KPDNKK kata rakyat tak buat aduan. Pernah ke check betul sistem aduan KPDNKK boleh pakai ker? Talian 1-800-886-800 kenapa call tak pernah berjawab? Mana pegawai yang dipertanggungjawabkan? Beratus kali call baru jawab, lepas tu jawapan macam biasa..."Kami akan siasat dan ambil maklum"... Tapi respon balik haram berjanggut la tunggu.

- Channel KPDNKK yang ada semua KORUP. Email aduan tu beratus dah rakyat email tapi responnya tak pernah boleh dikira. Tolonglah...rakyat sekarang bukan macam dulu. Semua ada otak boleh pikiaq.

5. Fakta paling senang Menteri KPDNKK kata takder rakyat nak mengadu... macam mana rakyat nak mengadu pasal harga barang, masa nak mengadu Menteri KPDNKK ni sibuk tengok Maharajalawak Mega 2013. Tang bila dia nak pikiaq pasal rakyat...cakap pun ikut sedap mulut jer. MACAM NI KER TAGLINE RAKYAT DIDAHULUKAN!!


Hangpa kalau sayang negara, jangan sampai buat rakyat menyampah naaaa!! Lu pikiaq la sendiri naaa!!


Wednesday, December 11, 2013

LETRIK NAIK, HARGA BARANG NAIK...ADA KER PEMIMPIN UMNO NAK DUDUK DENGAN RAKYAT GOLONGAN PERTENGAHAN DAN BAWAHAN?


Kita semua tau kat Amerika dan sebahagian negara di eropah, kriteria memilih parti yang membentuk kerajaan lebih kepada pendasaran cukai, kesihatan, pekerjaan atau lebih mudah disebut sebagai dasar ekonomi yang MENGUNTUNGKAN RAKYAT dan bukannya konglomerat.

Demokrasi dan pilihanraya di barat sudah tidak perlu ke arah bloodshed atau pertumpahan darah, sebaliknya janjian pilihanraya itu adakah ianya bakal MENGUNTUNGKAN RAKYAT.

Berkemungkinan jika umuq panajng, tahun 2018 kita rakyat malaysia akan menghadapi PRU ke 14. Hakikat PRU di Malaysia, nak tak nak harus diakui ianya semakin menjurus kepada penelitian pengundi terhadap dasar poket dan status sara hidup. Senang citer, harapan rakyat agar poket depa tak susah nak susut. Boleh belanja itu ini yang depa inginkan.

Untuk pengetahuan hangpa semua, tengok PRU 1990 lebih melibatkan kepada pertembungan sokongan kelompok kepada 2 entiti utama, Tun M dan Ku Li.

PRU 1995 lebih memberatkan kepada bagaimana parti politik hendak membentuk sokongan rakyat terhadap mereka. Ia lebih kepada bagaimana PAS, DAP dan Semangat46 mahu mengajak pengundi untuk beralih arah dan menyokong mereka.

Keseluruhannya mengenai poket , sara hidup, pendidik dan kepelbagaian dasar tidak dibicarakan pada tahap pru ini.

PRU 1999, depa semakin mengecil bilamana pertembungan PRU ini sekadar melibatkan permaslahan seorang yang ada masalah moral diterajang keluar dari parti. Sapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

PRU 14 pada pandangan jujur aku, cheq lebih nampak profesional dan terarah mengenai halatuju dasar melibatkan rakyat yang lebih meluas.

Sekarang ni pun orang kampung dah berani membicarakan tentang ekonomi, dalam ertikata mengenai bagaimana ringgit dibelanjakan kerajaan, bagaimana nilaian ringgit itu berkadar dengan kos barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kebanyakan golongan pertengahan Melayu akan melihat PRU 14 ini sebagai cubaan kepada kerajaan jika kerajaan enggan faham masalah kos kehidupan. Sampai bila kita akan berasa sebegini rupa. Macam2 kerajaan habaq mai kata barang itu ini tak naik sebelum PRU, tapi lani macam mana? Itu ini semuanya naik. Botak kepala lagu ni woooooiiii.....

Satu demi satu tindakan kerajaan, menjurus kepada keperitan hidup rakyat. Isunya hanya satu - SUBSIDI DIKURANGKAN.

Memang, tindakan mengurangkan subsidi adalah satu kebijakan fiskal yang baik. Tujuannya bukan sahaja mengurangkan beban kewangan negara, juga mengurangkan defisit perbelanjaan.

Namun, kerana faktor subsidi merupakan elemen yang signifikan terhadap kenaikan harga, maka rakyat terperangkap dengan keadaan itu. Rakyat maksudnya, bukan sahaja pengguna yang terperangkap, malah peniaga, kerana peniaga tidak menggunakan perkiraan rasional dalam menentukan harga barangan.

Harga gula dikurangkan subsidi, tapi harga bawang pulang dinaikan dua kali. Minyak dikurangkan subsidi, tapi harga timun dinaikan dua kali. Macam mana tu? Najib habaq harga barang makan tak kena cukai...awat melambong lagu tu yaa????

Keperitan hidup kini dialami oleh rakyat yang berpendapatan rendah, kerana gaji yang mereka dapat seluruhnya digunakan untuk menampung kehidupan, ertinya tabungan untuk masa depan tidak boleh dilakukan lagi. Inilah pendapat kawan2 yang aku ingin lontarkan, rata2 depa ni kerja dalam golongan pertengahan.

Keperluan kewangan merupakan vital bagi setiap rakyat, mula daripada keperluan anak-anak bersekolah, sehingga kepada keperluan kediaman. Kualiti hidup rakyat sudah terancam, apa lagi mencuba lifestyle zaman moden.

 

Memang mudah, untuk memperkatakan, rakyat kena bersabaq, rakyat kena berkorban, slogan ini, telah wujud sejak zaman merdeka lagi. Slogan lagu ni, kalau zaman nak merdeka dan lepas tu boleh la pakai lagi. Zaman lani sesuai lagi ka? Sampai bila rakyat patut bersabaq?? Dah berapa tahun Malaysia merdeka yaa??

Pada pemimpin semua tak kiralah hangpa tu UMNO ka PKR ka DAP ka PAS ka. Hangpa kena ingat, masih ramai rakyat belum menikmati keperluasan asas sebagai rakyat sebuah negara merdeka. Satu fakta, sehingga kini, tidak sedikit rakyat yang masih belum menikmati air bersih, sedangkan keperluan itu, sangat vital untuk melahirkan kehidupan yang berkualiti.

Di peringkat bandar, malah sudah dicanangkan bagaimana mengadakan tandas yang serba canggih, mesra pengguna dan menepati keperluan kehidupan yang berkualiti. Namun, kita terlupa bahawa mengwujudkan tandas yang bersih, memerlukan air sebagai bahan pembersih.

Kesabaran rakyat ada hadnya, selagi mereka melihat dan menyaksikan ketimpangan sosial, ketimpangan ekonomi dan ketimpangan cara kehidupan. Jangan sampai rakyat hilang sabaq hilang semuanya dalam sekelip mata. Masa tu menangis pun takda guna da oiiiii....

Sebenaqnya, perjuangan kerajaan adalah bagaimana mengwujudkan kesama taraan kehidupan yang lain tu lantak pi dululah. Rakyat boleh bezakan cara kehidupan lagu mana depa nak bawak. 

Paling penting Kerajaan seharusnya memberi penumpuan kepada bagaimana menaik taraf kehidupan rakyat, dengan berbagai kaedah yang mudah dilakukan. Senang citer, bukannya yang berunsur penuh brokrasi, dan hanya dapat dinikmati oleh mereka-mereka yang terpilih.


Ada Otak Pikiaq...Jangan Duk Bebai Jaaaaaa!!!!