Monday, July 1, 2013

Kenapa Orang Ini Harus Diberi Peluang Bertanding Di PRK Besut? @NajibRazak


Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.

Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.

Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar .

Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.

Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999.

Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa.

Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.

Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090.

Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi. - Sumber



Jika korang masih ingat dengan nama orang gambar di atas nie, aku pun rasa pelik jugak kenapa dia tak diberi peluang bertanding pada PRU13 baru-baru ini. Aku tengok prestasi beliau dalam PRU sejak 2004 hingga 2008 kerusi yang dipertandingkan beliau jumlah kerusi agak majoriti.

Adakah beliau layak untuk mewakili BN jika PRK diadakan di Besut atas sebab kematian ADUN BN yang telah meninggal dunia. Layakkah beliau, apa pandangan korang?

Pakej yang ada cukup, dari segi latar belakangnya dan ilmu yang beliau ada memang sesuai untuk bertanding di Besut.

Wahai Najib Razak....untuk pemilihan calon BN di Besut kali ini biarlah kena pada orangnya. Jangan tersilap lagi dengan pemilihan calon, yang jadi mangsa rakyat sebab meluat bukan calon yang Winable Candidate. Dato' Abdullah Md Zin aku rasa layak tapi faktor umur dia agak veteran.

Ingat!! Terengganu BN menang tipis, kalau salah letak orang jawabnya bungkuslah Terengganu ke tangan Pakatan Rakyat. Wahai Najib buat keputusan biarlah yang terbaik, jangan duk sibuk dengar cakap-cakap orang sekeliling tak kiralah bini hang ka, penasihat hang ka. Nak dengaq, biaq pi ikut cakap orang yang bagi pandangan baik, bukan jadi PUNASIHAT..!!


Pikiaqqqq Najib!! Bukak mata tu noooo....