Monday, September 2, 2013

HISHAM CKMM NAK JADI HERO TAMIL KA? SEMUA KEMENTERIAN DIA NAK JAGA KER?


Selama ini aku tengok Hisham CKMM berdiam diri, dia langsung tak mau bagi komen sama ada dia nak pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO atau dia nak bertanding jawatan Timb Presiden atau langsung tak mau bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO. Tapi laaani, dia dah mula bersuara. Agak keras jugak tu, 'sekeras' macam dia jugaklaaa....

Dalam satu kenyataan media 30 Ogos lepas, Hisham ada berkata mengenai pemimpin-pemimpin yang nak bertanding dalam pemilihan parti perlulah mengukur kemampuan diri sendiri, kata-kata beliau itu kalau kita halusi sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri. Betul tak? Apakah tanggungjawab yang diberikan pada beliau dilaksanakan dengan baik?

Memang setiap pemimpin yang nak bertanding apa-apa sahaja jawatan dalam UMNO perlu menilai kemampuan diri, kalau rasa diri tu tak mampu buat apa nak bertanding. Jadi kata-kata Hisham CKMM itu merujuk kepada dirinya juga. Hisham CKMM memang tak perlu bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO, baik jawatan MT, Naib Presiden, Timbalan Presiden atau Presiden UMNO sekali pun. Walhal jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap atau pemeriksa kira-kira pun Hisham CKMM tak layak.

Aku juga tengok sekarang ini, Hisham CKMM sudah mula takut dengan pemilihan UMNO kali ini sebabnya sudah ada dua pemimpin yang declare masuk gelanggang untuk merebut jawatan. Kenapa perlu takut kalau kata diri tu anak jantan. Takkan goyang kot Hisham CKMM nie...kata "Save My Cousin kan". He he he....

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dan mengukur kemampuan mereka.

Katanya, mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno amat dialu-alukan tetapi tidak perlu terlalu ghairah untuk bertanding sehingga tidak melihat kemampuan diri sendiri.

"Jangan kerana ghairah sempena musim pemilihan, kita lupa bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat."Kalau itu tak diambil kira oleh mereka yang menawarkan diri dan melihat kemampuan mereka untuk pastikan parti kita kukuh, sekiranya berlaku sesuatu pada parti, jangan salahkan orang lain.

Salahkan diri sendiri kerana ini merupakan amanah kita nak berdepan dalam pemilihan parti ini," katanya.Beliau menjawab soalan pemberita mengenai ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan untuk bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini sewaktu majlis rumah terbuka hari raya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.

Mohd Ali sebelum ini dilapormengesahkan akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini tetapi belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya.

Hishammuddin berkata susulan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan pertambahan kerusi BN dan merampas sebuah negeri, beliau turut meminta agar pucuk pimpinan parti sentiasa menjaga "rumah tangga" parti supaya Umno sentiasa dihormati oleh semua pihak.

"Saya rasa pucuk pimpinan daripada presiden dan naib-naib Presiden, kita faham itu tugasnya dan itu jadi pertimbangan kita. Sesiapa nak bertanding silakan. Tetapi jangan kerana ghairah nak kejar jawatan dalam parti, (sehingga) parti kita tidak dihormati oleh orang," katanya lagi.


Pada aku senang jer, kalau rasa diri tu dah tak mampu dan tak diterima oleh orang sekeliling baik tak payah sibuk nak bertanding. 2 lagi Naib Presiden kenapa boleh selamba sedia terima siapa pun nak bertanding jawatan tersebut asalkan mereka layak tapi Hisham CKMM ni banyak pulak 'pantang larangnya'.

Terbaru aku tengok dia mula nak busy body hal orang atau kerja orang. Agak menghairankan juga bila kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Hisham CKMM ni. Sekarang ni dia dah ditukarkan ke portfolio lain.

Tapi masih nak sibuk pasal kerja lama dia. Hisham CKMM kata, pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas terhadap ahli Politik yang terlibat dengan geng kongsi gelap. Kenyataan dia tu keluar selepas pendedahan yang dibuat oleh KDN mengenai geng-geng Kongsi Gelap yang ada di dalam Malaysia ni.

Apa yang aku hairan dan aku rasa pendapat rakyat Malaysia sama ngan aku, masa dia jadi Menteri hari tu, kenapa dia sendiri tak ambil tindakan sedemikian? Kenapa sekarang baru dia nak berbunyi?

Kalau kita tengok gelagat Hisham CKMM sejak kebelakangan ni pun boleh buat kita jadi pening. Banyak sangat yang dia 'tumpang tui' orang lain.

Mungkin sebab sekarang ni tengah hangat dengan pemilihan UMNO kot. Tu pasal la dia nak bersuara juga pasal isu-isu semasa. Kalau dia tak bersuara, tak de la pulak cerita pasal dia nanti!! Betui kan!! Keh keh keh...


Jangan duk usah kalut kalau dah tak boleh blah tu...duk diam2 udah ler!