Saturday, December 28, 2013

KENAPALAH MALAYSIA ADA MENTERI 'PANDAI SANGAT' MACAM NI?? @HasanMalekKP @NajibRazak @rafiziramli @AmenoWorld


Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat.

"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke Sekolah' AEON.

Hasan turut menggesa supaya semua perniagaan untuk bertimbang rasa.

"Tolong bantu kementerian dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya."

Beliau berkata, pegawai kementerian akan membuat pemantauan, dan meminta pengguna yang menyedari tentang kenaikan harga melampau supaya membuat aduan.

"Kita merancang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi," katanya.

Mengenai kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan seharusnya mengurangkan kos berbanding menaikkan harga, Hasan berkata, beliau menghormatinya tetapi tidak bersetuju dengan pandangan itu.

"Kita akan melihat pandangan Tun serta rakyat. Kita mahukan sistem yang terbaik."

Sesiapa yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian hotline kementerian di 1-800-886-800, atau emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.

Awat mentality  Menteri Kerajaan skang ni...depa ni bebai ka atau buat2 bebai. Awat depa ingat rakyat mesti dengaq dan ikut cakap depa ka? Depa lupe ka, PRU13 siapa yang bagi mandat pada UMNO/BN terus memerintah negara.

Hangpa semua jangan buat2 lupa or buat2 bodoh naaa. Aku sebagai rakyat nak komen sikit secara logik akal kalau hangpa pemimpin jawab main sedap mulut ja.

1. Menteri KPDNKK habaq "Rakyat sokong harga barang naik sebab tak der aduan dibuat" - awat dia ingat harga barang naik ni macam kes jenayah ka? Semua rakyat kena pi buat repot di balai polis atau pejabat KPDNKK tu sendiri?

2. Ada ke orang suka kalau harga barang naik? Contoh harga gula naik 20sen, peniaga kedai makan pun naik 20sen setiap harga yang dijual. Kalau tak naik pun depa main suka suki letak harga. Selama ni pernah ker KPDNKK pantau betul2? Baik menteri dulu dan skang sama jer.

3. Aduan tak dibuat? Pernah ker Menteri turun padang tanya sendiri rakyat marhaen macam kami ni. Kalau tanya pegawai atau pun sekutu sepakat memang la depa jawab semua ok, sebab poket depa pun penuh dah banyak isi kan.

4. Menteri KPDNKK kata rakyat tak buat aduan. Pernah ke check betul sistem aduan KPDNKK boleh pakai ker? Talian 1-800-886-800 kenapa call tak pernah berjawab? Mana pegawai yang dipertanggungjawabkan? Beratus kali call baru jawab, lepas tu jawapan macam biasa..."Kami akan siasat dan ambil maklum"... Tapi respon balik haram berjanggut la tunggu.

- Channel KPDNKK yang ada semua KORUP. Email aduan tu beratus dah rakyat email tapi responnya tak pernah boleh dikira. Tolonglah...rakyat sekarang bukan macam dulu. Semua ada otak boleh pikiaq.

5. Fakta paling senang Menteri KPDNKK kata takder rakyat nak mengadu... macam mana rakyat nak mengadu pasal harga barang, masa nak mengadu Menteri KPDNKK ni sibuk tengok Maharajalawak Mega 2013. Tang bila dia nak pikiaq pasal rakyat...cakap pun ikut sedap mulut jer. MACAM NI KER TAGLINE RAKYAT DIDAHULUKAN!!


Hangpa kalau sayang negara, jangan sampai buat rakyat menyampah naaaa!! Lu pikiaq la sendiri naaa!!


1 comment:

  1. Aku setuju sangat pendapat mengatakan Menteri ini tak pandai cakap!! Dia SALAH apabila menganggap rakyat menyokong kenaikan harga..Kenyataan beliau itu berpandu kepada betapa tidak ada aduan diterima megnenai apa2 kenaikan harga barang! MENTERI itu sepatutnya berkata, TIDAK ADA ADUAN TELAH DITERIMA SEHINGGA INI MENGENAI APA2 BARANG YANG TELAH NAIK HARGA. DENGAN DEMIKIAN, BERMAKNA TIDAK ADA KENAIKAN HARGA BARANG YANG KETERLALUAN, KALAU ADA PUN MUNGKIN TERLALU KECIL UNTUK DIADUKAN KEPADA KEMENTERIAN!!!

    ReplyDelete