Monday, October 28, 2013

SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN MAJIKAN PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK MILIK PEMIMPIN UMNO? @PDRMsia


Ada kata kes ni heboh satu dunia, tapi bila aku tanya kawan2 aku di luaq negara depa tak tau sangat pun dan liputan tak der lah meluas sangat. Kadang-kadang aku duk heran, ada media yang nak cerita depa sensasi duk pi pukul canang kata cerita dia lah paling meletop sana sini. Betui kaaa????

Sekarang ni heboh cerita pasai kes rompakan dan bunuh pegawai Ambank di USJ minggu lepas. Aku simpati dengan keluarga mangsa dan seharusnya si pembunuh ni kalau dapat kita tembak kepala dia bagi hancoq macam mana dia buat pada pegawai bank tersebut. Hangpa semua setuju tak????

Bila jadi insiden macam nie kita semua kena la pakat sama2 untuk bantu Polis. Aku dapat tahu KDN dah tamatkan lesen kontrak syarikat kawalan keselamatan tersebut. Baguih la cam tu kan. Tapi betui ka owner syarikat tersebut dimiliki oleh pemimpin UMNO?

Ada yang kata syarikat tersebut ialah Securiforce Sdn Bhd dan Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid. Banyak betul versi cheq dengaq nama syarikat yang terbabit. Kalau dilihat dari gambar pak guard tu ianya milik syarikat lain.

Hangpa tengok sendiri gambaq ni, dan ini nama syarikat yang sebenar.....


Suspek pembunuhan kejam lengkap bersenjata dan memakai uniform yang tertera nama syarikat iaitu ‘Kawalan Prima’, dengan itu pastikan syarikat ‘Kawalan Prima’ dibungkus berkuatkuasa serta merta sebagai pengajaran kepada syarikat lain, hukuman yang setimpal kepada pemilik syarikat juga perlu ditimbang.

KAWALAN PRIMA SDN BHD
Nama Pengarah:
1. Halim bin Yom
2. Iqbal Halim bin Halim
3. Intan Shafinaz binti Halim

Nama Pemegang Saham:
1. Sarjet Singh a/l Dershan Singh
2. Halim bin Yom
3. Manjit Singh a/l Dershan Singh
4. Hayati binti Halim
5. Intan Shafinaz binti Halim
6. Kasmah binti Halim
7. Manmant singh a/l Dershan Singh

Modal Berbayar: 1,000,000.00

Alamat Syarikat:
Kawalan Prima Sdn Bhd
Suite 1106, Tingkat 11th Floor
Wisma Lim Foo Yong
Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
No Tel: 03-21424363                No Fax: 03-21418682


Pandangan cheq tak kisah, syarikat tersebut milik siapa pun. Kalau dah terbukti salah, hukuman setimpal seharusnya dijatuhkan pada depa. Jangan duk suka suki nak buat apa saja. Perkara mati macam ni tak boleh dibuat main apatah lagi nak dipolitikkan.

Tak kira UMNO ka, PAS ka, PKR DAP ka.....ada bukti memang salah heret ke muka pengadilan. Itu barunya dinamakan adil dan saksama. Faham ka????


Jangan cuba duk sorok pemimpin, hangpa dapat apa????

Thursday, October 24, 2013

HISHAM CKMM BUKAN KAKI MERAJUK? BUKAN LEMBIK, BETOI KA? @NajibRazak @HishammuddinH2O #pemilihanumno


Apa yang hangpa semua boleh tafsirkan dengan gambaq di atas? Hangpa rasa gambaq ni Kerismudin dah mula goyang kot bila jawatan Naib Presiden dibuka untuk pertandingan.

Pada pemilihan baru-baru ni aku salute tabik spring pada Mukhriz Mahathir yang cucuk angin untuk merebut jawatan Naib Presiden ni. Nasib baik Kerismudin masih bernyawa dan jatuh kedudukannya dalam rangking Naib Presiden UMNO.

Ternyata Shafie Apdal lah calon 'underdog' bukannya Kerismudin. Nampaknya 'GAME PLAN' yang dibuat oleh team Kerismudin makan diri Boss diaorang balik. Tu lah...lain kali bertandinglah dengan penuh cara tertib yang betul. Jangan duk corner sana sini, nasib baik tak tersungkoq macam nangka busuk. Kalau ada perasaan busuk hati ke dengki ker baik hangpa buang jauh2.

Aku nak ucapakan tahniah Kerismudin sebab 'bermati-matia' selamatnya kedudukannya sebagai Naib Presiden. Aku harap dia amik perkara ini sebagai pengajaran, dan jangan main wayang kulit pulak lepaih ni yer!!

Apa yang menariknya, Kerismudin ni masa tempoh kempen pemilihan hari tu aku dapat maklumat dia macam gunakan 'keperluan' yang dia ada sebagai 2 menteri. Boleh ka macam tu? Aku dapat tau lagi siap suruh pegawai2 Mindef pi call dan kumpulkan veteran2 tentera yg ader pangkat dalam UMNO untuk dia buat pertemuan. Katanya talian hayat untuk suruh sokong Kerismudin disaat2 akhirnya.

Paling best sekali Kerismudin siap bawak 'perwakilan terpilih' naik kapal terbang tentera tu ke Kuantan. Macam ni lah pemimpin UMNO, sanggup kongsi apa yang dia ada dengan rakyat jelata. Betui tak??



Aku pulak rasa kesian pada Kerismudin ni, tak patut KJ buat dia macam tu. Aku ikut dan dapat jemputan program ramah mesra Kerismudin dengan perwakilan. Kebanyakkannya KJ attend program Kerismudin ni dan aku tengok dia lambung kaw2 Kerismudin nie. 


Tapi bila sampai masanya, satu undi pun tak diberikan pada Kerismudin ni. UMNO Rembau pun tak bagi pada Kerismudin ni. Memang tak patut la korang buat macam ni kat pemimpin ulong ni....dia ok apa. Gagah berani kan dalam setiap tindak tanduk yang dia lakukan. HERO LAHAD DATU KAN!!

Pada Kerismudin, teruskan perjuangan hang tu. Jangan duk pusing belakang sebab hang kan My 1st Cousin. Apa da hal kan!! Paling penting jangan duk berlakon kuat sangat nanti KANTOI sudah macam mana nak jawab...takkan pegawai-pegawai hang nak tolong jawab kot!!

Kena kesian pada Kerismudin tau, mungkin dah banyak dia habiskan harta karunnya untuk mempertahankan jawatannya. Betul ke tak itu tanya pada tuan punya diri, ye tak? Jangan bersedih Kerismudin, asam dalam politik itu biasa ada kala kita di atas ada kata kita di bawah. Yang penting perbaiki kelemahan dan perangai kita yang orang meluat tengok.

Aku pun tak sabaq nak tunggu bila Najib nak buat RESHUFFLE dalam kabinet menteri. Biasa lepas pemilihan UMNO akan ada sedikit rombakan dalam kabinet. Kerismudin ni elok kita bagi dia jawatan menteri apa yer? Hangpa semua rasa...???

Hangpa semua tolong sat bagi idea pada Najib boleh tak...komen la sikit kat bawah ni. Mungkin ada geng2 Kerismudin ni marah dengan artikel ni, aku nak heran apa. Kalau Boss hangpa semua tak boleh ditegoq, baik tak payah jadi menteri. Jadi Menteri Pasola lagi baik kan. Pikiaq la sendiri naaaaa!!




Kerismudin hang memang best, baik punya menteri!!

Monday, October 14, 2013

SECAWAN KOPI, SEKETUL KARIPAP DAN HISHAM CKMM? #Hisham4VP #pemilihanumno @HishammuddinH2O @NajibRazak


Pada mulanya aku tak mau menulis untuk renungan orang2 UMNO, tapi hati ini nak jugak meluahkan apa yang terbuku dihati ni.

Baru saja sebentar tadi, aku terima maklumat yang budak2 Kerismudin ni mula meroyan dengan artikel aku sebelum ini atas sebab aku memfitnah Bossnya atas sebab memberikan 'gula2' pada perwakilan Selangor minggu lepas. Hangpa baca sini naaaa...

Kenapa perlu meroyan betul tak kalau benda tu tak betul? He he he...Dah macam perangai Bang Non la pulak cheq tengok hangpa semua. Pada aku baguslah Kerismudin buat macam tu. Sebab dia seorang pemimpin UMNO yang sam2 rasa apa yang ada bersama dengan orang2 UMNO. Awat salah ka? Kita harus sokong pemimpin UMNO yang macam ni sebab dia bantu suku sakat dia. Betui tak?

Minggu lepas jugak, aku dapat duk minum sembang dengan seorang veteran tentera ni. Dia habaq kat aku, dapat panggilan dari pejabat Mindef Kerismudin akan buat perjumpaan. Aku cek2 dapat tau Kerismudin arahkan pegawainya di Mindef kumpulkan semua veteran tentera yang memegang jawatan dalam UMNO dan akan memberikan 'sesuatu' dengan syarat undi beliau untuk pemilihan kali ini? Biaq betui, takkan sampai camtu sekali. Gunakan apa saja untuk kemenangan, payah tu BOSS!!

Terbaru plak aku banyak tengok kempen Kerismudin ni bagitau dialah sebenarnya 'HERO LAHAD DATU'. Kalau betul hang tu hero, awat tunggu lama sangat sampai hampir sebulan tak serang2 jugak. Kalau bukan amaran yang hang cakap tu apa? Jangan duk pikiaq pasal jawatan saja Datuk, pikiaq sekali pasal hal rakyat dan keselamatan negara.


Kerismudin hang masih ingat tak, bila PM Najib bagitau hang FAILED untuk handle pencerobohan Lahad Datu. Cakap2 nasihat dan tunjuk ajar dari pegawai2 atasan Polis hang tak mau dengaq. Polis2 yang dah dok standby berkampung di sana, hang biaqkan depa berjemur panas, duk bertapa dalam lumpuq..tapi bila nak serang hang tak bagi. Awat takut sangat naa? Jangan samakan isu keselamatan negara dengan hal politik. "You want destroy my politic..." ingat tak ayat ni hang sound sapa wahai Kerismudin??

Kerismudin jugak menangis melutut waktu tu supaya kegagalan beliau cepat2 diselesaikan. My 1st cousin lah katakan. Apa pun rakyat Malaysia berterima kasih pada PM Najib kerana bertindak bijak mengarahkan tentera mengambil alih kepimpinan dan alhamdulillah isu ini selesai dengan cepat. Nyawa pihak Polis dan anggota keselamatan yang mati masa hang takut2 nak buat keputusan tu macam mana pulak yer? Takder rasa serba salah ker wahai Kerismudin??

Terbaru, atas sebab terdesak..aku dapat kiriman sms jemputan terbaru dari Kerismudin. Hangpa baca ni yer. Kata UMNO tak main politik wang, yang nie pe diaaaa??

Pagi tadi KP, NKP & SU Pemuda UMNO Bhgn Selangor telah dipanggil perjumpaan dgn Team Hisham di PWTC pukul 10am. Team Hisham lead by Harison, Onn Hafis dan Shahriza (KP Subang).  

Point2 penting: 
1. Setiap KP dapat RM300 sorang 
2. Utk Selangor, Pemuda bhgn akan dijaga oleh Shahriza.
3. Gunakan force Pemuda/G10. 
4. Rabu akan jumpa lagi. 
5. Diminta serah nama G10 by tomorrow. 
6. Akan bagi 'garam' pada G10. 
7. Mesti edarkan poster bahan kempen utk diedar ke bhgn2 by mlm ini disertaka 2 contoh dibawah



Aku duk pelik awat material macam ini hanya untuk edaran perwakilan UMNO saja? Isu keselamatan negarakan hak untuk semua rakyat Malaysia perlu tau. Kalau betul berani jelaskan pada seluruh rakyat Malaysia. Jangan cuba pusingkan fakta kononnya Kerismudinlah HERO MALAYA. Kalau tak, kenapa Polis2 asyik terperap jerk masa beliau jadi Menteri KDN dulu.

Lagi satu yang bestnya cara Kerismudin ni bekerja, beliau akan masuk opis (mulakan kerja) jam 10pagi ke atas. Setiap mesyuarat atau program mesti mulakan pada waktu tersebut, jam 2-3 petang dah tutup opis balik rumah. Sebarang hal berkaitan pegawai hanya faxkan pada Kerismudin di rumah. Wahhhh....goyang kaki nampak. Senang betul golongan bangsawan ni bekerja jadi Menteri kanan pulak tu...

Bila rakyat boleh jumpa untuk urusan rasmi kalau macam tu?? Mindef dan Kementeri Pengangkutan memang best dapat Menteri yang senang kerja, hati pun riang kan....



Loklak betui ada Menteri macam ni kan..!! Orang UMNO sayangkan mau Naib Presiden yang lembik ka berani ka??


Friday, October 11, 2013

HISHAM CKMM INGAT UMNO NI DIA PUNYA KA? RM 3 RIBU RM 5 RIBU TU APA? #Hisham4VP @HishammuddinH2O @nohomar @NajibRazak


Semalam aku berkesempatan ke majlis yang dibuat oleh UMNO Selangor untuk Kerismudin ni. Yang paling best sekali hanya 11 bahagian yang dijemput. Mana 11 bahagian yang lain? Bukan ker untuk memperkenalkan calon perlu dibuat untuk semua bahagian. Betul tak?

Korang tak caya tengok ni JEMPUTAN KHAS dari Datuk Johan Abd Aziz SU UMNO Selangor yang aku terima mesej:

Assalammualaikum. Salam 1 Msia. YB Datuk Seri/YB/Dato/Datin/Tuan/Puan yang dihormati. Dipersilakan hadir bersama Ketua-Ketua Cawangan 4 pkt ke Perjumpaan bersama YB Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia pada 10/10/2013 (Khamis), jam 4.00 ptg di Grand Ballroom, Main Floor Putrajaya Marriott Hotel & Spa IOI Resort City, Sepang Utara. 

Kehadiran diucapkan terima kasih. Dpd: Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor.

Bahagian terlibat:  Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, K,Jaya, PJS, Kuala Langat, Sepang.


Mana pemimpin UMNO Selangor yang lain? Mana Dato Seri Noh Omar yang dilantik sebagai Pengerusi UMNO Selangor? Mana pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang lain macam Zain Badak dengan otai2 lain. 

Nampak sangat ada agenda tersembunyi majlis Kerismudin ni buat. Bahagian yang dipanggil seperti di atas. SU UMNO Selangor nak salah guna kuasa ker? Pertemuan ini dapat persetujuan dari pucuk pimpinan UMNO Selangor ker? 

Kalau macam ni punya perangai, jangan mimpilah PRU-14 nak dapat Selangor balik. Hai hai bye bye la jawabnya....Meranalah PM Najib dek angkara My 1st Counsin.


 Paling best sekali, Kerismudin ni buat apa pun ikut suka hati pulak. Jangan ingat hang tu My 1st Cousin boleh buat apa saja. Kata UMNO tolak politik wang, rasuah la itu ini semua. Tapi KEMPEN MANAGER hang Datuk Taufik yang sibuk usung hang sana sini ada bagi pemberian gula-gula lagi.

Kalau tipu ke apa ini apa dia? Amik sampul ke amik surat watikah? Keh keh keh....Sampul tu berisi RM 3ribu - RM 5ribu. Wahhh...duit mai tang mana tu Kerismudin???


Bahagian Disiplin UMNO harus siasat perkara ini. Jangan duk biaq kasi chan jer pada Kerismudin ni. Jangan ingat dia anak bekas PM dan My 1st Cousin pada PM Najib dia boleh lepas dari kesalahan and boleh buat dia punya suka.

Kalau dah rasa diri tu tak boleh diterima dalam UMNO, lakukan perubahan yang baik. Bukannya dengan beli undi. Bila rakyat bising UMNO rasuah, korang kata tak. Tak kira pemimpin mana sekali pun....aku sarankan bertandinglah secara GENTLEMEN. Bukan dengan cara PONDAN SIYEEEAAAA!!!


Ada otak pikiaq baik-baik....jangan jadi BAGHAL!!


Thursday, October 10, 2013

SUKA SANGAT HISHAM CKMM SEKARANG NIE KAN! PERLU KEKALKAN DIA KER TAK? #HishamVP2


Sekarang ni aku tengok sikit punya ligat Kerismudin ni berkempen sampai lupakan tanggungjawab dia sebagai Pak Menteri.

Sadisnya Kerismudin mempergunakan apa saja untuk tempatkan dia di hati perwakilan UMNO. Macam hari ini gunakan Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor bawak 11 UMNO Bahagian ke majlis ramah mesra bersama Hisham CKMM.

Kenapa 11 bahagian saja dijemput? Mana lagi bahagian yang lain? Aku dapat tau lagi, Kerismudin ni gunakan KABEL ISTANA dalam misi kempen beliau....betul ker? Korang baca sini la yer...

Aku tau laaaa Kerismudin ni berketurunan pemimpin. Dari arwah atoknya sampai ke bapak dia. Tapi pada aku  perjuangan mereka berani memperjuangkan nasib orang Melayu. Perjuangan apa yang Kerismudin buat demi perjuangan Melayu?

Jadi Ketua Pemuda bukannya melalui pertandingan, tapi atas dasar amik port Zahid masa tu yang ditangkap ISA...dia jadi pemangku saja. Perjuangan apa yang Kerismudin buat untuk Pemuda masa tu...korang mesti ingatkan. Tengok gambar kat bawah ni, korang boleh labelkan sendiri si Kerismudin ni....


Keris adalah satu lambang kesetiaan MELAYU. Sejarah telah menunjukkan pejuang Melayu dulu perjuangkan TANAH MELAYU. Pemimpin Melayu yang buat macam Kerismudin ni rasanya tak ada yang takut bila kena sound sikit.

Dah Cium Keris boleh pulak Minta Maaf. Jaga sangat hati CINABENG mamat Kerismudin ni. Aku tau sangat ramai yang geng-geng dari bapak dia TAIKUN2 CINABENG. Sebab tu dia suka sangat COVERLINE puak2 nie.

Inilah pemimpin yang korang sanjung sangat kan. Kerismudin perangai dia sama ker macam calon2 Naib Presiden yang lain?


Sedap togok pening2 lalat ke tu Kerismudin. Kah kah kah...

Zaman Kerismudin jadi Menteri Pendidikan PPSMI pun tak berani nak mansuhkan...Jadi Menteri KDN asyik bagi amaran saja. Alasan dia bagi tak nak musuh tau rahsia Kerajaan....

Pentingkan jawatan politik atau nyawa rakyat dan keselamatan negara yang jadi keutamaan? Sekarang ni aku dapat tau, heboh di bahagian yang Kerismudin pergi bagi tau Kerismudin lah HERO LAHAD DATU....Geli perut aku gelak....dia lupa kot apa dia kata masa Sabah kena serbu kan. Tengok nie....


Perwakilan yang tau hal ni betapa 'hebat' nya si Kerismudin ni korang pikiaq la sendiri naaa. UMNO perlukan pemimpin yang berani atau perlukan pemimpin yang lembik dan pentingkan kedudukkan sendiri....


Hangpa pikiaq la sendiri naaaaaa.....

Friday, October 4, 2013

HISHAM 'LAYAK' KEKAL DALAM NAIB PRESIDEN UMNO! #Hisham4VP #pemilihanumno


Tempoh berkempen musim pemilihan UMNO dah masuk fasa kedua. Aku tengok semua calon yang bertanding menggunakan pelbagai cara untuk mempromotekan diri mereka. Asalkan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan parti.

Untuk pemilihan kali ini, aku rasa seharusnya kita menyokong kepimpinan Dato Seri Hishamuddin. Beliau layak untuk kekal dalam kepimpinan atasan UMNO bagi membawa suara-suara akar umbi. Ciri-ciri kepimpinan beliau tidak boleh disangkal lagi, berdarah seorang pemimpin yang disalurkan dari ayahnya.

Seluruh ahli UMNO, harus ingat akan jasa arwah atok Dato' Seri Hishammuddin ini kerana atas penubuhan UMNO lah negara ini ditadbir dengan baik dan bangsa Melayu bersatu atas usaha murni UMNO.

Maklumat yang aku terima dari sumber akar umbi, ramai Ketua Umno Bahagian Johor menyokong Hishammudin atas sebab perjuangan cemerlang dan latar belakang perkhidmatan. Bukan itu saja, malah ada beberapa UMNO bahagian di Sabah juga menyokong penuh atas kepimpinan Kerismudin nie.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka menerima sokongan padu daripada bahagian Umno di Johor bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Bernama melaporkan beberapa Ketua Umno Bahagian secara terbuka berkata mereka akan mengikuti langkah Badan Perhubungan Umno Johor yang menyatakan sokongan terhadap pencalonan Hishammuddin pada mesyuaratnya baru-baru ini.

“Sebagai anak Johor, kita akan memberi sokongan padu kepada Hishammuddin sebagai calon Naib Presiden dan memastikan Johor terus kekal sebagai kubu kuat dan tunjang kepada UMNO,” kata Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Beliau berkata bahagian itu ingin melihat Hishammuddin, yang merupakan anak Johor dan Ketua Umno Bahagian Semberong, mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden parti berkenaan.

Mengulas dua calon Naib Presiden lain, Maulizan berkata mereka akan memilih pemimpin yang memiliki latar belakang perkhidmatan serta perjuangan cemerlang.

Aku pun duk pening pekiaq nie, Hisham ni betul2 boleh memimpin UMNO untuk sepenggal lagi ker? Apa yang dia buat sebenarnya dalam UMNO aku sendiri pun tak tau. Bila aku lihat Buletin TV3 malam tadi siap ada segmen khas untuk beliau. Program berita dibuat khusus untuk menyalurkan berita tengah isu semasa kepada rakyat, bukan promote tentang diri sendiri.

Aku tengok penjelasan Kerismudin kononnya dia tak mahu gunakan kekerasan pada zaman KDN dulu patut dianggap 'hero'. Mau jadi 'Hero' tamil ka? Cheq nak tanya la pada Kerismudin, faham tak erti ketegasan dan kekerasan. Rakyat Malaysia mahukan ketegasan laaaa....ada faham ka!!

PM, TPM dan ahli parlimen BN yang lain semuanya sibuk berperang di Parlimen untuk Akta PCA, Kerismudin ni sibuk berkempen kat Terenganu dengan Pahang. Siap buat pertemuan khas dengan blogger Pahangku lagi yer. Nak plan ada tu Dato' Seri?? Nampak sangat lebih pentingkan diri sendiri dari kepentingan rakyat.

Apa pun aku nak cakap perwakilan semua yang sibuk nk pilih Kerismudin ni pikiaq dulu sebelum pangkah yer. Jangan pangkah sebab dia 'hulur' macam-macam kat korang....kalaulah dia jadi PM, semua jadi Pondan Arboq la jawabnya!!


Hang habaq untuk diri sendiri jugak ka wahai Kerismudin..??

Wednesday, October 2, 2013

POLIS HILANG ASET BERJUTA RINGGIT, PAK MENTERI BERANI JAWAB TAK? @PDRMsia @HishammuddinH2O @NajibRazak


Hari ini Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan Polis (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.

Ke mana pergi pembelian aset-aset ini? Aku pikiaq jugakkan, beli aset banyak-banyak tapi Polis masa tu macam buat kerja tak buat jer. Apa cite nie?

Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan. Hilang entah ke mana? Atau ada 'kutu-kutu' yang tak bertanggungjawab buat 'kerja belakang' yang tiada siapa yang tahu.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Laporan audit itu juga mendapati kelemahan dalam pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga ibu pejabat polis kontinjen yang disemak di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Pandangan aku pulak, rekod Hisham CKMM yang jadi Menteri Dlm Negeri ketika tahun 2009 hingga May 2013.

Laporan audit itu merujuk kehilangan aset PDRM itu berlaku dalam tahun 2010 hingga 2012...Pak Menteri Hisham buat kerja ke tak sebenarnya ni? Jangan asyik terlalu percayakan pegawai-pegawai khas anda wahai Dato Seri.

Aku memang salute Hisham CKMM ni atas semangat perjuangannya sejak zaman Pemuda lagi. Tolong jawab yer wahai Dato Seri Hisham. Lakukan sesuatu untuk kebaikan anda jugak.



Cheq harap hang jawab yer wahai Dato' Seri Hisham....!!