Friday, October 11, 2013

HISHAM CKMM INGAT UMNO NI DIA PUNYA KA? RM 3 RIBU RM 5 RIBU TU APA? #Hisham4VP @HishammuddinH2O @nohomar @NajibRazak


Semalam aku berkesempatan ke majlis yang dibuat oleh UMNO Selangor untuk Kerismudin ni. Yang paling best sekali hanya 11 bahagian yang dijemput. Mana 11 bahagian yang lain? Bukan ker untuk memperkenalkan calon perlu dibuat untuk semua bahagian. Betul tak?

Korang tak caya tengok ni JEMPUTAN KHAS dari Datuk Johan Abd Aziz SU UMNO Selangor yang aku terima mesej:

Assalammualaikum. Salam 1 Msia. YB Datuk Seri/YB/Dato/Datin/Tuan/Puan yang dihormati. Dipersilakan hadir bersama Ketua-Ketua Cawangan 4 pkt ke Perjumpaan bersama YB Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia pada 10/10/2013 (Khamis), jam 4.00 ptg di Grand Ballroom, Main Floor Putrajaya Marriott Hotel & Spa IOI Resort City, Sepang Utara. 

Kehadiran diucapkan terima kasih. Dpd: Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor.

Bahagian terlibat:  Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, K,Jaya, PJS, Kuala Langat, Sepang.


Mana pemimpin UMNO Selangor yang lain? Mana Dato Seri Noh Omar yang dilantik sebagai Pengerusi UMNO Selangor? Mana pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang lain macam Zain Badak dengan otai2 lain. 

Nampak sangat ada agenda tersembunyi majlis Kerismudin ni buat. Bahagian yang dipanggil seperti di atas. SU UMNO Selangor nak salah guna kuasa ker? Pertemuan ini dapat persetujuan dari pucuk pimpinan UMNO Selangor ker? 

Kalau macam ni punya perangai, jangan mimpilah PRU-14 nak dapat Selangor balik. Hai hai bye bye la jawabnya....Meranalah PM Najib dek angkara My 1st Counsin.


 Paling best sekali, Kerismudin ni buat apa pun ikut suka hati pulak. Jangan ingat hang tu My 1st Cousin boleh buat apa saja. Kata UMNO tolak politik wang, rasuah la itu ini semua. Tapi KEMPEN MANAGER hang Datuk Taufik yang sibuk usung hang sana sini ada bagi pemberian gula-gula lagi.

Kalau tipu ke apa ini apa dia? Amik sampul ke amik surat watikah? Keh keh keh....Sampul tu berisi RM 3ribu - RM 5ribu. Wahhh...duit mai tang mana tu Kerismudin???


Bahagian Disiplin UMNO harus siasat perkara ini. Jangan duk biaq kasi chan jer pada Kerismudin ni. Jangan ingat dia anak bekas PM dan My 1st Cousin pada PM Najib dia boleh lepas dari kesalahan and boleh buat dia punya suka.

Kalau dah rasa diri tu tak boleh diterima dalam UMNO, lakukan perubahan yang baik. Bukannya dengan beli undi. Bila rakyat bising UMNO rasuah, korang kata tak. Tak kira pemimpin mana sekali pun....aku sarankan bertandinglah secara GENTLEMEN. Bukan dengan cara PONDAN SIYEEEAAAA!!!


Ada otak pikiaq baik-baik....jangan jadi BAGHAL!!


No comments:

Post a Comment