Friday, October 4, 2013

HISHAM 'LAYAK' KEKAL DALAM NAIB PRESIDEN UMNO! #Hisham4VP #pemilihanumno


Tempoh berkempen musim pemilihan UMNO dah masuk fasa kedua. Aku tengok semua calon yang bertanding menggunakan pelbagai cara untuk mempromotekan diri mereka. Asalkan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan parti.

Untuk pemilihan kali ini, aku rasa seharusnya kita menyokong kepimpinan Dato Seri Hishamuddin. Beliau layak untuk kekal dalam kepimpinan atasan UMNO bagi membawa suara-suara akar umbi. Ciri-ciri kepimpinan beliau tidak boleh disangkal lagi, berdarah seorang pemimpin yang disalurkan dari ayahnya.

Seluruh ahli UMNO, harus ingat akan jasa arwah atok Dato' Seri Hishammuddin ini kerana atas penubuhan UMNO lah negara ini ditadbir dengan baik dan bangsa Melayu bersatu atas usaha murni UMNO.

Maklumat yang aku terima dari sumber akar umbi, ramai Ketua Umno Bahagian Johor menyokong Hishammudin atas sebab perjuangan cemerlang dan latar belakang perkhidmatan. Bukan itu saja, malah ada beberapa UMNO bahagian di Sabah juga menyokong penuh atas kepimpinan Kerismudin nie.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka menerima sokongan padu daripada bahagian Umno di Johor bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Bernama melaporkan beberapa Ketua Umno Bahagian secara terbuka berkata mereka akan mengikuti langkah Badan Perhubungan Umno Johor yang menyatakan sokongan terhadap pencalonan Hishammuddin pada mesyuaratnya baru-baru ini.

“Sebagai anak Johor, kita akan memberi sokongan padu kepada Hishammuddin sebagai calon Naib Presiden dan memastikan Johor terus kekal sebagai kubu kuat dan tunjang kepada UMNO,” kata Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Beliau berkata bahagian itu ingin melihat Hishammuddin, yang merupakan anak Johor dan Ketua Umno Bahagian Semberong, mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden parti berkenaan.

Mengulas dua calon Naib Presiden lain, Maulizan berkata mereka akan memilih pemimpin yang memiliki latar belakang perkhidmatan serta perjuangan cemerlang.

Aku pun duk pening pekiaq nie, Hisham ni betul2 boleh memimpin UMNO untuk sepenggal lagi ker? Apa yang dia buat sebenarnya dalam UMNO aku sendiri pun tak tau. Bila aku lihat Buletin TV3 malam tadi siap ada segmen khas untuk beliau. Program berita dibuat khusus untuk menyalurkan berita tengah isu semasa kepada rakyat, bukan promote tentang diri sendiri.

Aku tengok penjelasan Kerismudin kononnya dia tak mahu gunakan kekerasan pada zaman KDN dulu patut dianggap 'hero'. Mau jadi 'Hero' tamil ka? Cheq nak tanya la pada Kerismudin, faham tak erti ketegasan dan kekerasan. Rakyat Malaysia mahukan ketegasan laaaa....ada faham ka!!

PM, TPM dan ahli parlimen BN yang lain semuanya sibuk berperang di Parlimen untuk Akta PCA, Kerismudin ni sibuk berkempen kat Terenganu dengan Pahang. Siap buat pertemuan khas dengan blogger Pahangku lagi yer. Nak plan ada tu Dato' Seri?? Nampak sangat lebih pentingkan diri sendiri dari kepentingan rakyat.

Apa pun aku nak cakap perwakilan semua yang sibuk nk pilih Kerismudin ni pikiaq dulu sebelum pangkah yer. Jangan pangkah sebab dia 'hulur' macam-macam kat korang....kalaulah dia jadi PM, semua jadi Pondan Arboq la jawabnya!!


Hang habaq untuk diri sendiri jugak ka wahai Kerismudin..??

No comments:

Post a Comment