Tuesday, August 20, 2013

Bila Melayu Buat Hal Dihukum Sampai 'Terduduk', Bila Cina Dakwa Ala Kadar Jer! Kerajaan Jenis Apakah Ini?


Aku terasa amat terkilan dengan cara pihak berkuasa negara kita menangani kes Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Alvin dan Vivian juga telah menjatuhkan maruah negara kita dengan kes gambar lucah di blog mereka tapi pihak Kerajaan masih berlembut dalam menangani isu sebegini, sama saja mcm kes Namewee menghina lagu Negaraku.

Tak ada tindakan langsung! Tindakan yang ringan, tahan masuk penjara sekejap...dakwa di mahkamah lepas tu ikat jamin. Ape cer??

Aku rasa hairan dan pelik, kalau anak-anak Melayu yang buat hal ini hari jugak kena tangkap dan didakwa..tapi bila melibatkan bukan Islam, lansung tidak ada tindakan malah dilambat-lambatkan. Kes yang lagi satu, beberapa orang anak muda Melayu terus ditangkap dan didakwa kerana memukul seorang anak muda cina di Shah Alam gara-gara menghina agama Islam, selang beberapa jam sahaja Polis terus cekup anak muda Melayu ini, nampak tak??

Kalau anak Melayu saja buat hal cepat saja Polis serbu, efisyen sungguh!! AAgama Islam kena hina pun tak berani nak ambil tindakan. Ini adalah sesuatu yang amat menjengkelkan sekali bila Kerajaan TAKUT dengan musuh Islam!

Pasangan muda itu sebelum ini pernah menggemparkan dunia laman sosial apabila memuat turun adegan porna (seks) mereka menerusi Youtube. Perbuatan Alvin dan Vivian menghina bulan Ramadhan, bulan mulia lagi penuh keberkatan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Di Parlimen, wakil-wakil rakyat sama ada daripada BN dan Pakatan Rakyat turut sepakat mengutuk perbuatan tersebut dan mahu tindakan keras diambil.

Semuanya marah, kesal dan mahukan Alvin dan Vivian dikenakan tindakan undang-undang malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Pathail sendiri memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ternyata sedih berhubung isu tersebut meminta kerajaan tidak lagi berlembut menanganinya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula menegaskan kegagalan Kerajaan bertindak tegas akan mengakibatkan rakyat menganggap maruah umat Islam boleh dipermainkan dan Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai.

Manakala saya difahamkam sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.

Aku sendiri jadi keliru dalam hal ini kerana pasangan anak muda China itu masih juga bebas. Kalau saranan dan keluhan mufti pun tidak mahu dengar, pandangan siapa lagi yang kita nak pakai?

Semua orang terutama pihak penguasa undang-undang semuanya bercakap mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap pasangan tersebut, tetapi soalnya bila?

Sehingga ke hari ini aku difahamkan masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.

Aku juga difahamkan bahawa jika ada orang Islam yang tidak berpuasa, masa itu juga akan dikenakan tindakan.

Tetapi dalam isu anak muda China ini, agak pelik walaupun media menyiarkan puluhan berita kecewa dan sakit hati orang Islam di atas perbuatan Alvin dan Vivian tetapi tidak ada apa-apa.

Justeru, apa maknanya kita marah dan kecewa dengan perbuatan 'gila' pasangan China itu sedangkan mereka pula ketawa sakan kerana mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang.

Apa guna kita menjerit terlolong kononnya sakit hati apabila agama suci kita, Islam dihina sebegitu rupa sedangkan mereka yang menghinanya bebas lepas.

Menteri, wakil rakyat, tokoh korporat, ketua parti, pemandu teksi, guru sekolah, penjual kuih pasar Ramadhan, mat rempit , di masjid, di surau, di pasar malam dan di rumah ketika menunggu waktu berbuka, semuanya marahkan Alvin dan Vivian.

Tetapi apa hasilnya, termasuk laporan polis yang dibuat terhadap pasangan biadab tersebut? Apa hasilnya selepas mereka ini didakwa di mahkamah dan dibenarkan ikat jamin macam tu saja.

Rakyat terutama umat Islam sedikit sebanyak berasa kecewa dengan 'ketegasan' undang-undang yang ada. Pandangan aku, jika kalangan mufti dan tokoh agama negara kita sudah pun bersuara, sepatutnya Alvin dan Vivian telah dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana ini bukan soal eksploitasi politik tetapi membabitkan maruah dan harga diri umat Islam. Kes seperti ini tidak perlu lagi kepada menerima maaf dan bertolak ansur kerana jiwa dan perasaan orang Islam telah lama terluka!


Jangan bagi depa nie besaq kepala. Pikiaq sama naaaaa!!

Monday, August 12, 2013

PAK MENTERI UMNO MANA YANG HEBAT BOLEH HANDLE KDN?


Satu Malaya kagum dengan keberanian Menteri KDN, Ahmad Zahid Hamidi. Menteri dari Bagan Datoh yang bertelur dan punya karisma tersendiri. Berjaya mewarnai semula KDN dengan cahaya keberanian.

Tangkap dan bermulut laser. Etika yang ada pada diri Menteri KDN ini. Hangpa semua ingat, siapa yang berani 'kepala bapakkan Anwar' kalau bukan Zahid Hamidi. Betui tak?

KDN adalah sebuah kementerian yang hampir keseluruhan agensi di bawahnya berkhidmat untuk masyarakat. Pendek kata, setiap apa yang masyarakat mahukan ianya berkait rapat dengan KDN. Nak IC, Jab Pendaftaran Negara. Nak passport, Jab Imigresen. Kes samun, pecah rumah dan perihal yang melibatkan keselamatan ianya di bawah tanggungjawab PDRM. Senang cerita apa saja semuanya di bawah KDN.

Nampaknya aura jantan Zahid sudah berjangkit kepada Menteri Shafie Apdal. Tahniah. Kita tidak perlu kepada Menteri bacul dan tidak bertelur.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.
  
Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.
  
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di sini hari ini.
  
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Mengenai MoU itu, Mohd Shafie berkata kementerian telah melantik Syamille sebagai pembekal bagi projek ternakan lebah kelulut.
  
"Projek ternakan lebah kelulut ini dijangka memberikan hasil pendapatan tambahan kepada penduduk kampung dan mampu mencecah pendapatan melebihi RM10,000 sebulan ekoran permintaan tinggi bekalan madu lebah kelulut di pasaran tempatan dan luar negara," katanya.
  
Menurutnya, matlamat projek itu adalah untuk mempromosi dan menggerakkan transformasi pemikiran masyarakat di seluruh negara agar mengamalkan pengambilan madu sebagai amalan hidup seharian untuk kekal sihat dan cergas. - Bernama

Nampaknya Zahid Hamidi yang menggantikan Hishamuddin sebagai Menteri KDN bukan sekadar Menteri yang pandai cakap dan tin kosong.

Sebaik menjawat jawatan itu, Zahid memberikan peringatan kepada peserta Blackout bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas dan terbukti Zahid telah membuktikan kata-katanya itu bilamana penyalak-penyalak Blackout telah diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Terbaru, penahanan tayangan filem New Village yang diumumkan Zahid jelas membuktikan bahawa Zahid bukan menteri flip flop. Beliau membuktikan bahawa beliau sangat konsisten dalam soal prinsip dan perlaksanaan tindakan.

Kini kita tidak lagi perlu gusar dengan sekadar amaran demi amaran. Anak Melayu Bagan Datoh ini jelas memberikan ingatan kepada mereka yang sering terlupa akan asal usul dan sejarah.

Kini kita ada Menteri yang sering ingat dalam kepala bahawa beliau adalah anak Melayu yang dilahirkan di sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Hishamuddin telah mentransformasikan KDN semasa beliau jadi Boss KDN dulu. Banyak perubahan yang baik yang dia buat sampai sekarang masih terus dibawakan oleh staff KDN. Pandangan aku siapa pun yang jadi Boss KDN ini akan menerima pelbagai tekanan, cuma yang penting macam mana kita nak handle dengan cara yang tegas bukannya ikut cakap orang.

Aku rasa PM dan pemimpin UMNO lain yang hebat sangat cakap pasal perjuangan bangsa Melayu, tanya pada pemimpin UMNO yang mempunyai semangat Ultra Melayu yang tinggi. Siapa pemimpin tu hangpa semua tau sendiri la kan!!


Pikiaq noooo....jangan duk bawah tempurung sendiri yer!!

Saturday, July 27, 2013

Delima Pemilihan Agung UMNO, Bangsa Melayu Sekarang Jenis Yang Kisah?


Bayangkan apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika diteliti aktiviti dan usaha pendaftaran pemilih baharu selepas 55 hari berlangsungnya PRU-13.

Dalam Perbincangan Meja Bulat, cabaran dalam menghadapi PRU-14... Kelangsungan Politik Bangsa anjuran Mubarak Malaysia dengan kerjasama Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Mubarak, Bangunan UMNO Lama, Kuala Lumpur, sesuatu perlu difikir dan disusuli tindakan perlu diambil segera oleh bangsa Melayu.

Amati angka pendaftaran baharu yang dikumpul oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Mei 2013. Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO berjaya mendaftarkan 449 orang sebagai pemilih baharu; MCA (43) dan MIC (24). Tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas mampu mendapatkan 110 pendaftar baharu, PKR (65) dan DAP (524).

Jika digabungkan ketiga-tiga parti BN itu, jumlahnya 516 pemilih, angka itu belum mampu mengatasi jumlah pungutan DAP (524), dan jumlah yang dikumpul ketiga-tiga parti pembangkang pula ialah 699.

Dari segi pendaftaran pemilih baharu sahaja BN sudah tewas. Bagaimana jika keadaan ini berterusan sehingga menjelang PRU-14?

Pakatan Rakyat terutamanya DAP begitu agresif mendaftarkan mereka yang layak menjadi pengundi baru. Mereka bukan sahaja membantu pendaftaran, tetapi turut mengambil nombor telefon untuk tujuan dihubungi atau penghantaran SMS kempen parti. Adakah UMNO atau parti kompenan BN lain melakukan aktiviti yang sama?

Terus terang kita boleh katakan UMNO dan BN tidak komited mendaftarkan pengundi baru. Dari sudut pandang secara kasar, kita boleh jangka Pakatan Rakyat sudah menang dari aspek mendaftarkan pengundi baru.

Dalam mana-mana pilihan raya, jumlah pengundi yang paling utama dan ke arah mana kecondongan mereka. Melalui aktiviti pendaftaran oleh parti-parti politik, kita boleh menjangka sokongan mereka.

Melalui keputusan PRU13, jelas trend bukan lagi memilih calon boleh menang atau berpengaruh. Bukan juga isu-isu sensasi dan aku janji, kerana sehebat mana isu dimainkan dan secantik mana manifesto, itu bukan lagi faktor penentu kemenangan parti politik.

Strategi menggunakan segala tipu helah isu, main drama ketika demonstrasi, penglibatan NGO pro-pembangkang, mendekati generasi-Y di kampus, penyebaran meluas akhbar parti politik tanpa sekatan, usaha menjatuhkan kredibiliti dan integriti institusi awam seperti SPR, PDRM, SPRM, perkhidmatan awam dan lain-lain, berlaku tanpa terkawal dan tindakan.

Apakah usaha UMNO/BN yang menerajui Kerajaan dalam mengatasi strategi Pakatan Rakyat yang sememangnya mereka sedar? Mereka masih tak putus asa untuk rampas pucuk kepimpinan negara ini. Berapa ramai pemimpin UMNO yang sedaq atau buat-buat tak sedaq? Sebab yang penting selamatkan periuk nasi depa dulu.

Dengan jumlah keahlian semua parti komponen BN sebanyak 5.5 juta dengan UMNO sahaja mempunyai 3.5 juta ahli, maka sepatutnya tiada masalah untuk melawan pihak pembangkang.

Setakat hari ini, Majlis Tertinggi UMNO sudah mengadakan mesyuarat mereka selepas PRU-13. Namun belum terdengar hasil bedah siasat tentang punca kekalahan calon-calon UMNO, apatah lagi BN.

Walaupun UMNO menang 88 kerusi Parlimen daripada 121 yang bertanding dan 241 Dewan Undangan Negeri (DUN) (daripada 339) di seluruh negara, tetapi parti utama orang Melayu ini kena cari juga sebab kenapa 33 kerusi Parlimen dan 98 DUN mereka tewas.

UMNO kena kaji kenapa sekarang, kawasan majoriti besar atau kecil Melayu, UMNO/BN gagal tarik pengundi di bandar untuk memihak kepada mereka. Bukan dengan hanya memberikan pelbagai bantuan itu sudah mencukupi. Rakyat masih belum merasai sebenarnya perubahan yang dibuat dalam UMNO/BN itu sendiri.

Konsep meminta pengundi berterima kasih dan mengenang jasa-jasa UMNO/BN sepanjang 56 tahun Merdeka tidak begitu laku sekarang. UMNO/BN kena cari idea dan pendekatan yang baru dan lebih meyakinkan pengundi dan paling penting meyakinkan bangsa Melayu itu sendiri.

UMNO/BN kena akui, mereka kalah dalam persaingan media sosial. Pasukan penyebar fitnah dalam media sosial yang memihak kepada pembangkang jelas gagal disaingi oleh tentera siber UMNO/BN. Laporan mereka lebih meyakinkan kerana diselit dengan fakta dan data. Sebaliknya hujah daripada media UMNO setakat penafian dan penjelasan semata-mata. UMNO tewas menentang persepsi. Mana cybertroopers UMNO semua? Masih dalam khayalan sendiri ker?


Sekarang persepsi negatif terhadap UMNO dan pemimpin Melayu begitu kuat. Aku sedih, orang Melayu sendiri sangsi kepada kepimpinan bangsa Melayunya. Orang Melayu sudah tidak kisah nama-nama Melayu makin hilang di buminya sendiri. Akhbar Utusan Malaysia yang mempertahankan Perlembagaan pun teruk dihentam dan dituduh rasis.

Ingatlah apa yang rasis bagi bangsa yang tanah tumpahnya ialah Tanah Melayu ini. Ingatlah bangsa Jerman pun berbangga dengan nama negaranya Deuthland, orang Belanda - Netherland, orang Jepun - Jepun, India - India dan banyak lagi yang namanya kekal sama dengan identiti bangsa pribuminya.

Malangnya orang Melayu sudah lupa mereka sudah hilang nama Tanah Melayu. Yang disebut-sebut sekarang ialah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kenapa nama Sabah dan Sarawak disebut penuh dan tidak kepada nama Semenanjung Tanah Melayu.

Rujuklah mana-mana perenggan dalam Perlembagaan awal, tidak disebut Semenanjung tetapi nama penuhnya Semenanjung Tanah Melayu. Maka elok sangat Kerajaan dan UMNO mengembalikan nama Tanah Melayu ini dalam semua dokumen dan laporan rasmi Kerajaan.

Adakah orang Melayu tidak nampak sikap bangsa lain yang berusaha menjatuhkan mereka di tanah airnya sendiri? Sekarang pelbagai taktik dilakukan untuk menjatuhkan orang Melayu, baik dari segi ekonomi, politik atau pun sosial. Malah mereka ini juga ada niat untuk menjatuhkan agama Islam.

Dari segi ekonomi, lihatlah aktiviti pengambilan pekerjaan dan peluang perniagaan. Dalam soal politik, boleh kita lihat taktik licik kaum tersebut terhadap BN. Dan soal sosial, kaum itu sedang menguasai semua kawasan pertumbuhan ekonomi baru.

UMNO perlukan perubahan yang lebih baik sekarang. Jangan tunggu lagi, sampai bila kalau hang pa semua asyik cakap saja tapi kerjanya tak buat. UMNO perlukan pemimpin yang Ultra Melayu yang tegas mempertahankan bangsanya sendiri juga agama dan tanahair. UMNO perlukan pemimpin yang berani, tak mahu lagi pemimpin yang hanya pandai cakap (bagi amaran) saja sampai kaum lain pijak kepala kita.

Lihat kehendak rakyat yang masih memilih UMNO sebagai pemerintah kerana mereka masih mengharapkan perubahan yang membolehkan bangsa Melayu terus terjamin dan terbela.

Kalau suasana PRU13 terus berulang dalam PRU14, dan orang muda Melayu tiada semangat pertahankan maruah bangsanya, itu adalah petanda orang Melayu akan merempat di tanah airnya sendiri.


Pikiaq jangan tak pikiaq noooo.....

Tuesday, July 16, 2013

PEMILIHAN AGUNG UMNO: UMNO BUKAN PEMBELA MELAYU SEBENAR? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @shafieapdal @Khairykj @Rosnah_ARS @umnoonline


Kita semua tau, la nie mesyuarat UMNO di peringkat cawangan telah pun bermula. Hang pa semua ingat mesyuarat kali ini lebih menjurus kepada apa? Usul yang dibawa atau perebutan jawatan yang lebih menjadi keutamaan. Pikiaq noooo....

Aku tengok sejak lepas PRU13 ni, ramai pemimpin UMNO yang dah mulakan gerakan nak timbuskan pemimpin yang sedia ada. Lagi tak syok, masa PRU13 pun depa dah sibuk-sibuk duk atoq siapa yang pegang jawatan tertinggi di cawangan dan juga bahagian. Depa lebih pentingkan jawatan daripada kekalkan BN sebagai parti yang memerintah. Bila tak jadi calon, mulalah meroyan sana sini...sabotaj sana sini. Sampai bila kita mahu ada pemimpin seperti ini? Sama saja perangai depa macam pemimpin Pakatan Rakyat. Betul tak?

Pemilihan UMNO kali ni aku tengok agak panas, lebih kurang macam nak pilihanraya pulok. Pemilihan kali ni cara undian terbuka luas tak macam dulu. Apakah cara baru ini akan berikan sinar baru pada UMNO? Ramai otai-otai UMNO yang sempat aku sembang dengan depa mahukan perubahan drastik dalam UMNO. Depa mahu semangat UMNO macam mereka yang terdahulu, betul-betul perjuangan semangat dan hak orang Melayu.

Persoalannya sekarang, pemimpin UMNO yang ada sekarang mahukan perubahan ke tidak? Tepuk dada tanyalah hati yer. Jangan cakap saja lebih tapi kerja tak buat. Tak hairan jugalah, sumber yang aku dapat ada beberapa pemimpin UMNO yang dah mula 'Round 1 Malaysia'. Tujuannya nak bela ketua-ketua bahagian yang sedia ada. Boleh pakai ker Ketua Bahagian yang hang bela tu? Kih kih kih... Confirm boleh bagi hangpa semua menang ka??


Hangpa semua kena ingat, pemilihan kali ini melibatkan ahli UMNO dari akar umbi. Depa ni semua kebanyakkannya dari kalangan generasi muda. Pada ahli UMNO yang dibawahan ni, pilihlah pemimpin yang benar-benar layak untuk mentadbir negara serta membela nasib bangsa Melayu.

Pemimpin yang membela agama, bangsa dan tanahair. Ramai pemimpin UMNO yang layak dan tunjuk depa ni berjuang pertahankan hak orang Melayu juga agama dan negara. Bukannya pilih pemimpin yang syok sendiri dan tak berani buat keputusan. Bukan pilih pemimpin yang lembik dan takut untuk membuat sebarang keputusan.

Jadi kenapa takut adakan pertandingan untuk kesemua jawatan tertinggi UMNO? Alasan yang diberikan takut ada perpecahan dalam UMNO. Bukan sekarang ni dah nampak, ada puak-puak. Ini orang aku, itu orang dia. Betul tak?

Kalau takut ada perpecahan, yang kat atas tu pandai-pandailah letak jawatan. Tak perlu orang nak cabar dan kalah baru nak turun. Kalau setakat bini pun tak boleh control, macam mana nak jaga UMNO dan NEGARA!

Kalau jadi dulu jadi Menteri pun, orang demo sana sini asyik bagi 'Amaran' jer sapa nak dengaq. Betui tak? Budak sekolah pun kalau asyik kena 'nasihat dan amaran' depa pun boring. Hari-hari buat menda yang sama.

Pada ahli UMNO dan bangsa Melayu, ingatlah sejarah dahulu. Bagaimana susah payahnya pejuang dan pemimpin terdahulu bersusah payah, bergodok gadai berjuang ingin mencapai kemerdekaan.

Fikirkan kita bangsa Melayu takkan mencapai apa yang kita kecapi sekarang. Jangan mudah terpedaya dengan anasir luar, jangan mudah menjual maruah kita demi kepentingan peribadi. Anak Melayu juga boleh berjaya dan bersatu. Orang Melayu harus pilih pemimpin yang jaga hati, maruah dan bangsa Melayu itu sebaik-baiknya.

Ingat, jangan terlalu menyusukan kera di hutan....anak di rumah mati kelaparan!!


Pikiaq noooo....jangan tak pikiaq

Saturday, July 13, 2013

TAHNIAH @NajibRazak MANSUHKAN AKTA HASUTAN! HANG BUAT RAKYAT JADI BEBAI!

Aku pening dan pelik tengok dengan kepimpinan PM Najib Razak sekarang nie. Makin hari pentadbiran dia makin lemah. Takkan Kerajaan asyik nak tunduk dengan desakan dari Pakatan Rakyat?

Kerajaan apa macam nie yang tak berani buat keputusan yang baik sedangkan pandangan rakyat yang mahu Akta Hasutan ini dikekalkan tidak diambil kira. Awatla jadi macam ni, bila akta ini dimansuhkan semua jadi pelik dan boleh habaq suka hati la nooo... Ini lah jadinya:


Poster ucapan selamat berbuka puasa Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana didakwa menghina umat Islam apabila menunjukkan gambar mereka menikmati bak kut teh yang disertakan logo halal.

Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi.

Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'.

Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu.

Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'.

Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu.

Aku nak komen, memang Akta Hasutan ni Najib kata dulu nak mansuhkan tapi pikiaq la dulu buruk baiknya. Nak suka meloncat macam beruk geng Pakatan Rakyat sebab kononnya depa semuanya perjuangankan untuk rakyat la nooooo. Hakkkktuihhhh!! Buritttt!!

Apa tindakan Kerajaan pasal 2 ekor CinaBeng ni?

Umur baharu setahun jagung sudah pandai memperlekehkan negara. Apa akan terjadi bila umur mereka sudah tua macam Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan lain-lain yang cukup cekap menongkah arus dengan kata-kata nista dan cacian mereka terhadap pemerintah negara yang rakyat majoriti undi mereka.Cubit peha kiri,peha kanan terasa sakit.

Wahai Pak Najib, Kerajaan diangkat oleh rakyat ke Putrajaya bukan untuk menongkat dagu dengan membiarkan rakyat terus MENDERHAKA sewenang-wenangnya. Jangan sampai depa semua naik lemak, masa tu menangis tak berlagu pun tak da guna dah.


Pikiaq jangan tak pikiaq Pak Najib oiiiii....

Monday, July 8, 2013

NAZRI AZIZ JADI MACAI PAKATAN RAKYAT? NAK BERTANDING JAWATAN NAIB PRESIDEN?


Apa masalah Menteri sorang nie, tak  sudah-sudah aku tengok buat masalah. Dulu bagi muka sangat kat Cina BANGSAT Namawee nie. Dulu masa jadi Boss Parlimen bagi muka pada mamat Cina nie masuk Parlimen tanpa adab.

Korang ingat lagi kan? Aku pun tak berapa gemar dengan Pak Menteri Pelancongan nie. Dulu dia pernah cakap dengan aku dan kawan-kawan dalam satu program UMNO. Masa tu sebelum PRU13, dia cakap dah tak nak bertanding pada PRU13. Jika bertanding pun dia tak inginkan jawatan Menteri.

Aku tengok dia ni nak tunjuk HERO pada satu Malaysia. Bagi Namawee masuk parlimen. Aku ingat kan korang apa Namawee dah buat:

Namewee menghina azan Subuh.

Kata namewee ianya seperti orang yang menyanyi lagu R&B.

Namewee menghina lagu NEGARAKUKU.

Namewee menghina kerajaan.

Namewee hina semua yang melibatkan Melayu dan Islam.

Aku pun tak faham kenapa Najib masin simpan orang macam Nazri nie. Anak lelaki dia dah la berlagak, bila berkawan pun memilih. Aku tengur pun bersembang macam poyo-poyo jer muka. Kita ni manusia semua sama saja kan. Tak payah nak ikut darjat sangat....mati nanti semua sama jer.

Kenyataan dia sebelum ni pun yang bersekongkol dengan Pakatan Rakyat setuju Jonker Walk jangan ditutup. Dia faham tak kenyataan CM Melaka sebenarnya? Sepatutnya sebagai Menteri Kerajaan berfikiran yang sama serta memikirkan apa yang rakyat mahukan sebenarnya. Bukan nak jahanamkan lagi kehendak rakyat.

Terbaru, apa cerita Nazri ni sokong Akta Hasutan perlu dimansuhkan dan ditukar dengan akta yang baru. Apa cerita ni? Nak tunjuk 'Hero' lagi ka? Awat la hang ni loklak sangat yer? Sepatutnya beliau sebelum ni yang banyak jaga hal undang-undang perlu tahu apa isi sebenar setiap akta yang dibuat.

Ada sumber dalaman bagi tau aku, Nazri ni nak jadi HERO UMNO pula. Ada juga yang beritahu dia nak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang. Sebab tu dia 'berani sangat' langgar Naib-naib Presiden yang sedia ada sekarang.

Dia juga pernah kata, Najib sayang pada dia. Sebab tu dia masih dalam kabinet menteri lagi. Jangan poyo sangat yer. Rezeki kita ni ditangan Allah SWT. DIA yang bagi rezeki dan dia juga yang tarik balik.

Persoalannya sekarang, layak ker jadi Naib Presiden UMNO yang baru. Apa sumbangan dia dalam UMNO yang perlukan pemimpin yang tegas dan berani membawa perubahan dan perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Korang pikiaq la yer.....


Pikiaq jangan tak pikiaq yer..!!!!

Monday, July 1, 2013

Kenapa Orang Ini Harus Diberi Peluang Bertanding Di PRK Besut? @NajibRazak


Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.

Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.

Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar .

Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.

Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999.

Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa.

Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.

Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090.

Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi. - Sumber



Jika korang masih ingat dengan nama orang gambar di atas nie, aku pun rasa pelik jugak kenapa dia tak diberi peluang bertanding pada PRU13 baru-baru ini. Aku tengok prestasi beliau dalam PRU sejak 2004 hingga 2008 kerusi yang dipertandingkan beliau jumlah kerusi agak majoriti.

Adakah beliau layak untuk mewakili BN jika PRK diadakan di Besut atas sebab kematian ADUN BN yang telah meninggal dunia. Layakkah beliau, apa pandangan korang?

Pakej yang ada cukup, dari segi latar belakangnya dan ilmu yang beliau ada memang sesuai untuk bertanding di Besut.

Wahai Najib Razak....untuk pemilihan calon BN di Besut kali ini biarlah kena pada orangnya. Jangan tersilap lagi dengan pemilihan calon, yang jadi mangsa rakyat sebab meluat bukan calon yang Winable Candidate. Dato' Abdullah Md Zin aku rasa layak tapi faktor umur dia agak veteran.

Ingat!! Terengganu BN menang tipis, kalau salah letak orang jawabnya bungkuslah Terengganu ke tangan Pakatan Rakyat. Wahai Najib buat keputusan biarlah yang terbaik, jangan duk sibuk dengar cakap-cakap orang sekeliling tak kiralah bini hang ka, penasihat hang ka. Nak dengaq, biaq pi ikut cakap orang yang bagi pandangan baik, bukan jadi PUNASIHAT..!!


Pikiaqqqq Najib!! Bukak mata tu noooo....