Tuesday, August 20, 2013

Bila Melayu Buat Hal Dihukum Sampai 'Terduduk', Bila Cina Dakwa Ala Kadar Jer! Kerajaan Jenis Apakah Ini?


Aku terasa amat terkilan dengan cara pihak berkuasa negara kita menangani kes Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Alvin dan Vivian juga telah menjatuhkan maruah negara kita dengan kes gambar lucah di blog mereka tapi pihak Kerajaan masih berlembut dalam menangani isu sebegini, sama saja mcm kes Namewee menghina lagu Negaraku.

Tak ada tindakan langsung! Tindakan yang ringan, tahan masuk penjara sekejap...dakwa di mahkamah lepas tu ikat jamin. Ape cer??

Aku rasa hairan dan pelik, kalau anak-anak Melayu yang buat hal ini hari jugak kena tangkap dan didakwa..tapi bila melibatkan bukan Islam, lansung tidak ada tindakan malah dilambat-lambatkan. Kes yang lagi satu, beberapa orang anak muda Melayu terus ditangkap dan didakwa kerana memukul seorang anak muda cina di Shah Alam gara-gara menghina agama Islam, selang beberapa jam sahaja Polis terus cekup anak muda Melayu ini, nampak tak??

Kalau anak Melayu saja buat hal cepat saja Polis serbu, efisyen sungguh!! AAgama Islam kena hina pun tak berani nak ambil tindakan. Ini adalah sesuatu yang amat menjengkelkan sekali bila Kerajaan TAKUT dengan musuh Islam!

Pasangan muda itu sebelum ini pernah menggemparkan dunia laman sosial apabila memuat turun adegan porna (seks) mereka menerusi Youtube. Perbuatan Alvin dan Vivian menghina bulan Ramadhan, bulan mulia lagi penuh keberkatan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Di Parlimen, wakil-wakil rakyat sama ada daripada BN dan Pakatan Rakyat turut sepakat mengutuk perbuatan tersebut dan mahu tindakan keras diambil.

Semuanya marah, kesal dan mahukan Alvin dan Vivian dikenakan tindakan undang-undang malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Pathail sendiri memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ternyata sedih berhubung isu tersebut meminta kerajaan tidak lagi berlembut menanganinya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula menegaskan kegagalan Kerajaan bertindak tegas akan mengakibatkan rakyat menganggap maruah umat Islam boleh dipermainkan dan Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai.

Manakala saya difahamkam sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.

Aku sendiri jadi keliru dalam hal ini kerana pasangan anak muda China itu masih juga bebas. Kalau saranan dan keluhan mufti pun tidak mahu dengar, pandangan siapa lagi yang kita nak pakai?

Semua orang terutama pihak penguasa undang-undang semuanya bercakap mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap pasangan tersebut, tetapi soalnya bila?

Sehingga ke hari ini aku difahamkan masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.

Aku juga difahamkan bahawa jika ada orang Islam yang tidak berpuasa, masa itu juga akan dikenakan tindakan.

Tetapi dalam isu anak muda China ini, agak pelik walaupun media menyiarkan puluhan berita kecewa dan sakit hati orang Islam di atas perbuatan Alvin dan Vivian tetapi tidak ada apa-apa.

Justeru, apa maknanya kita marah dan kecewa dengan perbuatan 'gila' pasangan China itu sedangkan mereka pula ketawa sakan kerana mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang.

Apa guna kita menjerit terlolong kononnya sakit hati apabila agama suci kita, Islam dihina sebegitu rupa sedangkan mereka yang menghinanya bebas lepas.

Menteri, wakil rakyat, tokoh korporat, ketua parti, pemandu teksi, guru sekolah, penjual kuih pasar Ramadhan, mat rempit , di masjid, di surau, di pasar malam dan di rumah ketika menunggu waktu berbuka, semuanya marahkan Alvin dan Vivian.

Tetapi apa hasilnya, termasuk laporan polis yang dibuat terhadap pasangan biadab tersebut? Apa hasilnya selepas mereka ini didakwa di mahkamah dan dibenarkan ikat jamin macam tu saja.

Rakyat terutama umat Islam sedikit sebanyak berasa kecewa dengan 'ketegasan' undang-undang yang ada. Pandangan aku, jika kalangan mufti dan tokoh agama negara kita sudah pun bersuara, sepatutnya Alvin dan Vivian telah dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana ini bukan soal eksploitasi politik tetapi membabitkan maruah dan harga diri umat Islam. Kes seperti ini tidak perlu lagi kepada menerima maaf dan bertolak ansur kerana jiwa dan perasaan orang Islam telah lama terluka!


Jangan bagi depa nie besaq kepala. Pikiaq sama naaaaa!!

No comments:

Post a Comment