Tuesday, November 12, 2013

ADA JUGA YANG BODOH SIBUK BELA BINATANG MACAM INI! @PDRMsia @anwaribrahim @cmlimguaneng


Semakin ramai sekarang cheq tengok segelintir rakyat Malaysia yang semakin BODOH IQ depa. Mana taknya, depa dah tak boleh menilai apa itu hak asasi manusia. Politik punya pasai, depa sanggup buat apa saja walaupun 'membela' nasib rakyat yang bukan warganegara Malaysia.

Cheq bukan nak bela mana-mana parti politik. Tak kira sape pun kalau ada tak kena kita balun saja. Tujuannya untuk capai perkhidmatan yang lebih baik pada rakyat. Cheq marah betul bila ada blogger pakatan rakyat yang cuba untuk memusingkan fakta. Penjenayah yang bunuh pegawai Ambank masih nak ditutup kes macam tu saja ka?

Kalau insiden macam ni kena pada mak bapak korang, apa korang rasa? Cheq tengok depa ni nak gunakan jawapan Anwar Ibrahim yang menyatakan maklumat dari CCTV tak boleh dijadikan bahan bukti. Hangpa semua lupa ka, atau buat2 BUTA KAYU...tengok dengan teliti video CCTV tu.

Masa tembakan dilepaskan, bukankah ada pegawai Ambank yang seorang lagi bersama pegawai Ambank yang terkena tembakan. Walaupun tembakan dilepaskan secara rambang atau tidak, peluru dah kena dikepala dan niat mangkok ni memang nak rompak. Tak kira apa niat sekali pun, dah tercatit dalam undang2 membunuh adalah kesalahan besaq. Awat kita semua nak 'bela' mangkok yang macam ni.

Lagi bodohnya kwn2 cheq dalam pakatan rakyat ni mengulas, kenapa sampai 4, 5 orang Polis yang menangkap mangkok ni. Dah nama pun penjenayah, takkan pasukan Polis Pelancong yang nak tangkap mangkok macam ni. Inilah dia manusia yang BODOH PEMIKIRAN DEPA.

Pikiaq tak apa dosa pegawai Ambank yang dibunuh tu? Pikiaq tak anak dan keluarga dia? Merompak sekali pun kenapa perlu sampai membunuh? Pada cheq lantaklah apa hangpa semua nak cakap. Tengok sendiri, rakyat Malaysia menyokong tugas Polis yang cekap menyelesaikan insiden ini.

Cheq sokong tindakan Kerajaan yang ambil serius pasal warga asing yang kerja pak guard ni. Jangan nak salahkan Kerajaan kata tak bagi peluang pekerjaan pada rakyat Malaysia. Hangpa semua ni nak sangat ker kerja pak guard ni.

Rakyat Malaysia kebanyakkannya memilih kerja. Nak kerja jadi bos jer...duk dalam aircond jer. Tapi tau tak diri sendiri tu layak ke tak untuk kerja jadi Bos tu? Awat dulu malas nak belajaq tinggi2 haa. Pikiaq sendiri naaaa.....

Ada kata, pak guard ni pakai IC palsu salahkan kerajaan lagi:

KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh pegawai AmBank, Laode Ardina Laode Rasila dipercayai membeli kad pengenalan palsu daripada seorang lelaki warga Indonesia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pembelian kad pengenalan palsu itu dibuat di Malaysia dan ia bukan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dia (suspek) mengaku membeli kad pengenalan itu dari seorang lelaki warga Indonesia. Kita sedang menyiasat berkenaan dengan penjualan kad pengenalan palsu.

“Ini kad pengenalan palsu, bukan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan suspek juga membeli kad pengenalan itu di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Joemar dipercayai menjadi dalang utama merancang rompakan tersebut.

Menurut Khalid, rakan suspek itu juga dipercayai memiliki sebahagian besar wang hasil daripada rompakan itu.

Semalam, Laode Ardina diberkas oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman dalam Ops Cantas yang dijalankan Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Suspek dipercayai terlibat dalam rompakan di sebuah cawangan Ambank, USJ 2 Sentral pada 23 Oktober lepas menyebabkan seorang pegawai operasi bank terbabit, Norazita Abu Talib maut terkena tembakan di kepala.

Suka hati hangpa nak bawak 1 lori lawyer nak bela mangkok ni, lantak hangpa la. Kena ingat doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah S.W.T. Kalau dah BODOH tu janganlah melantun2 sangat naaaaa.....



BODOH BERTENGKEK-TENGKEK! BODOH BERTENGKEK-TENGKEK!!!!


No comments:

Post a Comment