Wednesday, October 30, 2013

CALON BN TIRU BEKAS YB PAS, NAK MENANG KAWEN DUA? #PRKSGLIMAU


Cheq pun tak tau, awat BN ni tak dak modai ka? Dah hampir 5 penggal DUN Sg Limau ni memang kubu kuat BN. Sebab tu lah cheq rasa BN letak calon pensyarah ni sebab depa rasa kena dengan citarasa penduduk Sg Limau.

Macam cheq habaq sebelum ni, orang kampung mesti tak tau yang calon BN ni ada bini dua dan muda lagi pulak tu. Tapi takkan lah orang UPSI tak tau atau depa semua buat2 tak tau. Betui tak???

Inilah rahsia sebenar cheq rasa kenapa BN letak calon pensyarah ni. Dalam diam2 depa tiru cara bekas YB PAS, depa ada bini dua lepas tu menang dalam pilihanraya sekaligus dapat tadbir negara.

Paling yang cheq suka sangat dengan calon BN ni, dia terlalu 'FRIENDLY' dengan penduduk kampung. Kalau dia menang Isnin nanti, confirm orang kampung payah nak jumpa dia.

Semalam cheq minum dia salah satu kedai di Sg Limau. Tiba2 datang calon BN dan jentera BN berkempen kat kedai tu. Paling bestnya, dia layan orang kampung yang dia kenai jer di kedai minum tu. Bersalaman pun dengan mana yang dia kenai, sampai cheq pun dia tak mai salam.

Bukan besaq mana pun kedai tu, susah sangat ka nak pi salam semua orang. Baru jadi calon, belum confirm lagi pandai memilih dah ka? Si kempen manager pun sama bebai, duk bawak calon tu minum dengan orang kampung boleh pi pilih meja mana yang dia kenai. Orang kampung lain macam mana wooooo???

Depa tak boleh tiru Allahyarham Ust Azizan yang begitu mesra dengan orang kampung Sg Limau. Bersalaman pun tak pilih bulu. Itu macam baru pemimpin yang bercirikan Islam ikut sunnah Nabi.


Duk cenggeh baik duk opis tak payah jadi Wakil Rakyat..!!!

No comments:

Post a Comment