Monday, November 18, 2013

BUAT KERJA PUN CELARU..ADA HATI SIBUK NAK LOBI JAWATAN KSU KEMENTERIAN? @imigresen_my @NajibRazak @ZahidHamidi @AliHamsa55

Gambaq hiasa jaaa

Inilah perangai loqlaq orang ni, perasan dirinya cantik atau pun baguih dalam kerja yang dia buat. Pada hai orang luaq yang tengok depa ni buleh buat kerja ke tak? Betui tak?

Betui ka dalam setiap hal perlu ada KAWTIM SANA SINI...atau SIBUK LOBI SANA SINI?

Kita malu atau bangga tak kalau sesuatu jawatan tu kalau kita buat tak sampai sasaran yang dikehendaki?

Kalau masalah tempat kita masih DITAHAP CABOK, kita masih boleh bangga diri ka?

Lumrah orang la kan, kalau nak sesuatu tu depa mesti kejaq gila2 kan. Pada hai ramai lagi yang layak untuk jawatan tersebut. Jawatan yang aku maksudkan ialah 'KETUA SETIAUSAHA KEM DALAM NEGERI'. Kerusi panas jugak la ni...


Hangpa semua baca tak rencana pasai Jab. Imigresen ni. Awat dari dulu depa ni tak pernah nak perform dalam gerak kerja depa? Bukannya aku nak kondem Imigresen ni, depa buat kerja memang betui tapi kenapa masih ada pegawai Imigresen yang sanggup gadaikan maruah negara demi duit yang ciput?

Apa yang KP Imigresen buat selama ni...takkan hang tak tau anak buah hang buat kerja ke tak? Kalau hang dah tau lama, takkan hang biaq pi ja lagu tu? Hang jadi KP Imigresen hanya untuk suka2 saja ka? Atau jawatan ni hang nak lompat jadi KSU KDN?

Memang betui Imigresen jabatan yang collect banyak income dari servis yang hangpa buat. Banyak menjana pendapatan KDN di bawah pentadbiran Kerajaan. Tapi bukan sebab ni hang nak promote diri hang boleh jadi KSU KDN. Isu pendatang tanpa izin masalah utama sejak dulu lagi.

Baik hang pikiaq sama dengan semua pihak macam mana nak selesai perkara ni. Jangan la semua nak campak kat Pak Menteri jaa naaa.

Itu belum lagi masalah perkhidmatan Imigresen yang lambat. Awat susah sangat ka nak bukak semua kaunter perkhidmatan untuk kesenangan rakyat?


Aku naik remaih dengan Imigresen ni. System asyik problem..kalau asyik problem ja carilah jalan penyelesaian. Vendor yang dilantik tak boleh buat kerja, tutup ja bagi orang lain yang boleh buat kerja.

KP Imigresen tolong ambil perhatian perkara ni. Selesaikan hal2 dalam Imigresen ni dulu baru sibuk nak naik pangkat. Kalau sebuah jabatan hang tak boleh nak handle dengan baik, cam na hang nak handle satu kementerian yang besaq.

Jangan pasai hal macam ni rakyat marah dengan kerajaan sekali dengan semua pemimpin Kerajaan. Faham naaaaa!!!


Buat kerja main-main, baik pi sekolah tadika!!


No comments:

Post a Comment