Pada mulanya aku tak mau menulis untuk renungan orang2 UMNO, tapi hati ini nak jugak meluahkan apa yang terbuku dihati ni.
Baru saja sebentar tadi, aku terima maklumat yang budak2 Kerismudin ni mula meroyan dengan artikel aku sebelum ini atas sebab aku memfitnah Bossnya atas sebab memberikan 'gula2' pada perwakilan Selangor minggu lepas. Hangpa baca sini naaaa...
Kenapa perlu meroyan betul tak kalau benda tu tak betul? He he he...Dah macam perangai Bang Non la pulak cheq tengok hangpa semua. Pada aku baguslah Kerismudin buat macam tu. Sebab dia seorang pemimpin UMNO yang sam2 rasa apa yang ada bersama dengan orang2 UMNO. Awat salah ka? Kita harus sokong pemimpin UMNO yang macam ni sebab dia bantu suku sakat dia. Betui tak?
Minggu lepas jugak, aku dapat duk minum sembang dengan seorang veteran tentera ni. Dia habaq kat aku, dapat panggilan dari pejabat Mindef Kerismudin akan buat perjumpaan. Aku cek2 dapat tau Kerismudin arahkan pegawainya di Mindef kumpulkan semua veteran tentera yang memegang jawatan dalam UMNO dan akan memberikan 'sesuatu' dengan syarat undi beliau untuk pemilihan kali ini? Biaq betui, takkan sampai camtu sekali. Gunakan apa saja untuk kemenangan, payah tu BOSS!!
Terbaru plak aku banyak tengok kempen Kerismudin ni bagitau dialah sebenarnya 'HERO LAHAD DATU'. Kalau betul hang tu hero, awat tunggu lama sangat sampai hampir sebulan tak serang2 jugak. Kalau bukan amaran yang hang cakap tu apa? Jangan duk pikiaq pasal jawatan saja Datuk, pikiaq sekali pasal hal rakyat dan keselamatan negara.
Kerismudin hang masih ingat tak, bila PM Najib bagitau hang FAILED untuk handle pencerobohan Lahad Datu. Cakap2 nasihat dan tunjuk ajar dari pegawai2 atasan Polis hang tak mau dengaq. Polis2 yang dah dok standby berkampung di sana, hang biaqkan depa berjemur panas, duk bertapa dalam lumpuq..tapi bila nak serang hang tak bagi. Awat takut sangat naa? Jangan samakan isu keselamatan negara dengan hal politik. "You want destroy my politic..." ingat tak ayat ni hang sound sapa wahai Kerismudin??
Kerismudin jugak menangis melutut waktu tu supaya kegagalan beliau cepat2 diselesaikan. My 1st cousin lah katakan. Apa pun rakyat Malaysia berterima kasih pada PM Najib kerana bertindak bijak mengarahkan tentera mengambil alih kepimpinan dan alhamdulillah isu ini selesai dengan cepat. Nyawa pihak Polis dan anggota keselamatan yang mati masa hang takut2 nak buat keputusan tu macam mana pulak yer? Takder rasa serba salah ker wahai Kerismudin??
Terbaru, atas sebab terdesak..aku dapat kiriman sms jemputan terbaru dari Kerismudin. Hangpa baca ni yer. Kata UMNO tak main politik wang, yang nie pe diaaaa??
Pagi tadi KP, NKP & SU Pemuda UMNO Bhgn Selangor telah dipanggil perjumpaan dgn Team Hisham di PWTC pukul 10am. Team Hisham lead by Harison, Onn Hafis dan Shahriza (KP Subang).
Point2 penting:
1. Setiap KP dapat RM300 sorang
2. Utk Selangor, Pemuda bhgn akan dijaga oleh Shahriza.
3. Gunakan force Pemuda/G10.
4. Rabu akan jumpa lagi.
5. Diminta serah nama G10 by tomorrow.
6. Akan bagi 'garam' pada G10.
7. Mesti edarkan poster bahan kempen utk diedar ke bhgn2 by mlm ini disertaka 2 contoh dibawah
Aku duk pelik awat material macam ini hanya untuk edaran perwakilan UMNO saja? Isu keselamatan negarakan hak untuk semua rakyat Malaysia perlu tau. Kalau betul berani jelaskan pada seluruh rakyat Malaysia. Jangan cuba pusingkan fakta kononnya Kerismudinlah HERO MALAYA. Kalau tak, kenapa Polis2 asyik terperap jerk masa beliau jadi Menteri KDN dulu.
Lagi satu yang bestnya cara Kerismudin ni bekerja, beliau akan masuk opis (mulakan kerja) jam 10pagi ke atas. Setiap mesyuarat atau program mesti mulakan pada waktu tersebut, jam 2-3 petang dah tutup opis balik rumah. Sebarang hal berkaitan pegawai hanya faxkan pada Kerismudin di rumah. Wahhhh....goyang kaki nampak. Senang betul golongan bangsawan ni bekerja jadi Menteri kanan pulak tu...
Bila rakyat boleh jumpa untuk urusan rasmi kalau macam tu?? Mindef dan Kementeri Pengangkutan memang best dapat Menteri yang senang kerja, hati pun riang kan....
Loklak betui ada Menteri macam ni kan..!! Orang UMNO sayangkan mau Naib Presiden yang lembik ka berani ka??
No comments:
Post a Comment