Friday, October 4, 2013

HISHAM 'LAYAK' KEKAL DALAM NAIB PRESIDEN UMNO! #Hisham4VP #pemilihanumno


Tempoh berkempen musim pemilihan UMNO dah masuk fasa kedua. Aku tengok semua calon yang bertanding menggunakan pelbagai cara untuk mempromotekan diri mereka. Asalkan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan parti.

Untuk pemilihan kali ini, aku rasa seharusnya kita menyokong kepimpinan Dato Seri Hishamuddin. Beliau layak untuk kekal dalam kepimpinan atasan UMNO bagi membawa suara-suara akar umbi. Ciri-ciri kepimpinan beliau tidak boleh disangkal lagi, berdarah seorang pemimpin yang disalurkan dari ayahnya.

Seluruh ahli UMNO, harus ingat akan jasa arwah atok Dato' Seri Hishammuddin ini kerana atas penubuhan UMNO lah negara ini ditadbir dengan baik dan bangsa Melayu bersatu atas usaha murni UMNO.

Maklumat yang aku terima dari sumber akar umbi, ramai Ketua Umno Bahagian Johor menyokong Hishammudin atas sebab perjuangan cemerlang dan latar belakang perkhidmatan. Bukan itu saja, malah ada beberapa UMNO bahagian di Sabah juga menyokong penuh atas kepimpinan Kerismudin nie.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka menerima sokongan padu daripada bahagian Umno di Johor bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Bernama melaporkan beberapa Ketua Umno Bahagian secara terbuka berkata mereka akan mengikuti langkah Badan Perhubungan Umno Johor yang menyatakan sokongan terhadap pencalonan Hishammuddin pada mesyuaratnya baru-baru ini.

“Sebagai anak Johor, kita akan memberi sokongan padu kepada Hishammuddin sebagai calon Naib Presiden dan memastikan Johor terus kekal sebagai kubu kuat dan tunjang kepada UMNO,” kata Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Beliau berkata bahagian itu ingin melihat Hishammuddin, yang merupakan anak Johor dan Ketua Umno Bahagian Semberong, mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden parti berkenaan.

Mengulas dua calon Naib Presiden lain, Maulizan berkata mereka akan memilih pemimpin yang memiliki latar belakang perkhidmatan serta perjuangan cemerlang.

Aku pun duk pening pekiaq nie, Hisham ni betul2 boleh memimpin UMNO untuk sepenggal lagi ker? Apa yang dia buat sebenarnya dalam UMNO aku sendiri pun tak tau. Bila aku lihat Buletin TV3 malam tadi siap ada segmen khas untuk beliau. Program berita dibuat khusus untuk menyalurkan berita tengah isu semasa kepada rakyat, bukan promote tentang diri sendiri.

Aku tengok penjelasan Kerismudin kononnya dia tak mahu gunakan kekerasan pada zaman KDN dulu patut dianggap 'hero'. Mau jadi 'Hero' tamil ka? Cheq nak tanya la pada Kerismudin, faham tak erti ketegasan dan kekerasan. Rakyat Malaysia mahukan ketegasan laaaa....ada faham ka!!

PM, TPM dan ahli parlimen BN yang lain semuanya sibuk berperang di Parlimen untuk Akta PCA, Kerismudin ni sibuk berkempen kat Terenganu dengan Pahang. Siap buat pertemuan khas dengan blogger Pahangku lagi yer. Nak plan ada tu Dato' Seri?? Nampak sangat lebih pentingkan diri sendiri dari kepentingan rakyat.

Apa pun aku nak cakap perwakilan semua yang sibuk nk pilih Kerismudin ni pikiaq dulu sebelum pangkah yer. Jangan pangkah sebab dia 'hulur' macam-macam kat korang....kalaulah dia jadi PM, semua jadi Pondan Arboq la jawabnya!!


Hang habaq untuk diri sendiri jugak ka wahai Kerismudin..??

Wednesday, October 2, 2013

POLIS HILANG ASET BERJUTA RINGGIT, PAK MENTERI BERANI JAWAB TAK? @PDRMsia @HishammuddinH2O @NajibRazak


Hari ini Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan Polis (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.

Ke mana pergi pembelian aset-aset ini? Aku pikiaq jugakkan, beli aset banyak-banyak tapi Polis masa tu macam buat kerja tak buat jer. Apa cite nie?

Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan. Hilang entah ke mana? Atau ada 'kutu-kutu' yang tak bertanggungjawab buat 'kerja belakang' yang tiada siapa yang tahu.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Laporan audit itu juga mendapati kelemahan dalam pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga ibu pejabat polis kontinjen yang disemak di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Pandangan aku pulak, rekod Hisham CKMM yang jadi Menteri Dlm Negeri ketika tahun 2009 hingga May 2013.

Laporan audit itu merujuk kehilangan aset PDRM itu berlaku dalam tahun 2010 hingga 2012...Pak Menteri Hisham buat kerja ke tak sebenarnya ni? Jangan asyik terlalu percayakan pegawai-pegawai khas anda wahai Dato Seri.

Aku memang salute Hisham CKMM ni atas semangat perjuangannya sejak zaman Pemuda lagi. Tolong jawab yer wahai Dato Seri Hisham. Lakukan sesuatu untuk kebaikan anda jugak.



Cheq harap hang jawab yer wahai Dato' Seri Hisham....!!