Friday, December 6, 2013

BLOG INI SOKONG OPPA BEDIL STYLE!! #lifestyle @Khairykj @ibdill


Amacam hangpa tengok Boss baru Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia ni..sempoi tak?

Sempoi habis tak? Macam ni kah yang orang suka, gaya ala2 artis hot gitu kan??

Aku dapat tau, budak Bedil ni bagi statement mengalahkan Pak Menteri. Menteri dia sendiri pun tak da kata macam dia habaq. Awat hebat sangat ka ilmu dia ni dalam media baru? Awat hang belajaq kat US tu dulu amik kos Media Baru ka Bedil?

Sebelum ni pegang jawatan Setiausaha Pemuda, lepaih tu bertanding Exco Pemuda. Awat sebelum ni keja hang duk buat tu secara SUKARELA ka bro??

Apa kata lani aku nak cadangkan pada YB KJ, JANGAN BAGI BEDIL NI APE2 'ELAUN' PUN BOLEH TAK? BIAQ DIA WAT GHEJAR PARTI SECARA SUKARELA.

Amacam hangpa semua setuju tak??

Tunjukkan contoh dulu, baru hang nak kutuk budak2 Blogger yang sebelum ni banyak bantu menangkan UMNO/BN dalam PRU13. Otak ada mana hang ni, duk UMNO Segambut cawangan TTDI tu apa hangpa buat...duk layan Instagram ja ka???

Jom layan #lifestyle Bedil yang dia habaq cara ni yang rakyat suka, sebab Bloggger, Facebooker, Twitter tak payah politik sangat. Orang suka baca citer artis kan!!







#lifestyle budak Bedil ni orang bangsawan boleh la cite itu ini kan. UMNO duk sibuk banteras budaya komunis dia pulak 'sanjung sangat' puak Komunis ni. Tengok topi dia tu...pikiaq la ya Bedil.

Setuju tak kalau kita panggil budak Bedil ni #OPPABEDIL 


TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDOQ, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA!! PIKIAQ LA NAAA!!


Tuesday, December 3, 2013

PEGAWAI IMIGRESEN 'KANTOI BUAT PROJEK' DALAM TANDAS LCCT?? @imigresenmy @KP_Immigration @Zahid_Hamidi


Awat Imigresen la ni duk wat hal lagi. Tak sudah2 cheq tengok dengan jabatan kerajaan ni, dah la perkhidmatan yang depa bagi indah khabaq dari rupa. La ni ada pegawai depa yang 'Kantoi' pulak dah.

KP Imigresen buat apa naa? Duk rileks dalam bilik besaq hang dengan kerusi boss hang yang empok ka? Jangan duk sombong sangat naaa. Pikiaq sama masalah yang dihadapi rakyat dengan perkhidmatan yang hang diamanahkan jaga la ni. Jangan duk pikiaq.

Apa pun hangpa semua baca kat bawah, apa sebenaqnya kes pegawai Imigresen yang kantoi ni....

Shah Alam: Dua pegawai imigresen masing-masing dijatuhkan hukuman penjara lima dan dua tahun selain didenda RM20,000 seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan rasuah dan bersubahat membenarkan warga Indonesia masuk ke negara ini menggunakan pasport yang tidak mempunyai cop masuk sah.

Hakim M Bakri Abdul Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Nik Azan Nik Man, 31, dan Mohd Hasrul Che Othman, 28, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Nik Azan didakwa memperoleh suapan wang tunai RM800 daripada Abdullah Busahlan, 43, sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap ‘Hendrawan’ dan ‘Amrizal’ dengan kedua-dua lelaki itu memiliki pasport yang tidak mempunyai cop masuk sah.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 24, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dalam tandas Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada jam 2.30 petang, 28 Ogos lalu. Nik Azan juga didakwa menerima wang tunai RM1,850 daripada Abdullah ke dalam akaun CIMB miliknya di Petronas JML Damai, Lot 68501, Persiaran Anggerik Mokara, Taman Kota Kemuning pada jam 9.04 malam, 31 Julai lalu.

Tertuduh juga didakwa menerima wang tunai RM2,350 daripada Abdullah melalui akaun CIMB miliknya di Petronas Malaysia Airport Niaga KLIA 3, Jalan Pekeliling Kargo, pada jam 11.19 pagi, 31 Oktober lalu.
Bagi kedua-dua perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, rakannya, Mohd Hasrul didakwa bersubahat dengan Nik Azan membenarkan ‘Hendrawan’ dan ‘Amrizal’ masuk sedangkan mereka mempunyai pasport yang tidak memiliki cop masuk sah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kaunter nombor 16, Balai Pelepasan Imigresen LCCT, pada jam 11.45 pagi, 28 Ogos lalu.

Tahniah aku ucapkan pada KP JIM atas ketegasan yang dia buat pada pegawai JIM. Tak kisah la dia baru la ni nak buat kejaa ka yang penting semua KP2 agensi kerajaan harus telus dan berani. Jangan duk wat kejaa tu sebab nak dapatkan REWARD naaa.

Lagi satu tolonglah hangpa check pusat servis hangpa tu...awatlah masalah yang sama timbui sejak dari dulu lagi. Aku pun dah pening dan meluat dengan perangai pegawai2 JIM dekat tempat buat pasport tu.


Report pada Menteri tu masih duk senyap lagu tu..JIM Selangor hancur, KL hancur, Kajang lagi lah...kalau lagu ni baik bukak pasaraya SpeedMart jaaa.. Betui tak???


Jangan duk sibuk Lobi naik pangkat...ngejaaar tu kena buat betui2. Orang duk peghati jer ni!!!