Friday, November 15, 2013

HARGA MINYAK KEJAP NAIK, KEJAP TURUN...HEBAT SANGAT KER KERAJAAN SEKARANG NI? @NajibRazak @MYConsumer


Semalam aku dapat tau, harga minyak RON97 turun 10sen. Hangpa semua rasa camner? Kita semua rasa tak dengan penurunan harga minyak ni. Aku rasa Kerajaan la ni dah macam tak der pendirian yang kuat.

Apa pemimpin2 atas ni buat? Yang Pakatan Rakyat sibuk kata harga minyak turun. Bila Kerajaan turunkan depa senyap pulak. Pada aku dua2 tak boleh pakai sangat. Apa bezanya harga minyak RON97 ni diturunkan? Hangpa semua tengok tak golongan mana yang banyak pakai RON97 ni?

Yelah pada depa2 yang pakai keta besaq takkan tak sayang keta kot. Mesti sayangkan...keta hangpa semua besaq2 laju pulak tu. Mesti pakai minyak baguih punya kan. Tapi ramai jugak yang pakai RON95...betui tak??

Pandangan aku, Kerajaan perlu kaji sebaik mungkin pasal harga minyak ni. Memang betui minyak kita adalah yang terbaik di dunia dan kita EXPORT minyak kita ke luar. Dengan masalah2 dunia Amerikanya semua tu memang tempiasnya ke negara kita jugak.

Tapi wajarkah RON97 yang turun harga? Awat nak bela poket2 depa yang di golongan pertengahan ke atas ni? Depa banyak duit boleh bayaq punya.


Dengan harga barang dapur yang skang ni tak menentu harganya, kejap naik kejap turun. Kerajaan ni bertindak tu tegas la skit. Jangan duk pondan sangat macam Pak Menteri kita tu.

Harga minyak naik, semua pemborong/pembekal perangai macam SETAN, naik harga gila2. Lepas tu, rakyat salahkan Kerajaan. Kalau hangpa semua suka rakyat salahkan hangpa, buatlah selalu naaa.

Kerajaan patut lebihkan tumpu pada golongan bawahan ni lebih, depa pun nak hidup jugak. Nak jugak berusaha untuk berjaya dalam hidup. Kalau awai2 asyik kena tikam jer payah jugak naaa. Kaji semula harga RON95, itu yang harus diberi keutamaan untuk kesenangan semua lapisan masyarakat.


Pikiaq pikiaq la sama naaaa wahai pemimpin2 semua!!!


Thursday, November 14, 2013

DEWAN RAKYAT KECOH, DUA-DUA PEMIMPIN PARTI SAMA-SAMA BANGANG! @NajibRazak @anwaribrahim



Cheq tak tau nak habaq apa pasai depa2 ni semua. Habaq depa ni bodoh piang kang marah pulak nooo. Tapi inilah hakikatnya pemimpin2 yang kita semua bagi undi pada depa2 ni semua.

Hangpa semua rasa menyesai tak bagi undi kat depa ni? Dewan rakyat tempat wakil rakyat yang kita semua pilih untuk bawa suara rakyat. Apa masalah rakyat dan negara disuarakan dalam Dewan Rakyat untuk dapatkan penyelesaian.

Hangpa semua tengoklah sendiri, dah macam pasar borong. Pada cheq semua pemimpin yang buat kecoh ni depa semua tak da otak. Otak macam budak2 sekolah tadika, cheq rasa budak tadika lagi pandai kotttt.

Bila baca blog2 budak Kerajaan dan jugak Pakatan Rakyat semua pun pun duk salahkan satu sama lain. Pada aku semuanya macam aku habaq tadi...bangang nak mampos!!

Wahai Najib Razak dan Anwar Ibrahim, hangpa berdua ni sibuk nak jadi pemimpin negara. Tapi budak2 hangpa perangai mengalahkan manusia yang tak bertamadun. Malu la sikit pada rakyat yang memilih hangpa ni jadi pemimpin.

Perangai macam ni kalu, duk lagu ni jaa..jawabnya lingkup la negara. Masing2 nak tunjuk hebat konon...'Hero Kampung' jelah hangpa semua ni. TAK BOLEH PAKAI!!!


SAPA BODOH? PIKIAQ SENDIRI NAAA!!!


Tuesday, November 12, 2013

ADA JUGA YANG BODOH SIBUK BELA BINATANG MACAM INI! @PDRMsia @anwaribrahim @cmlimguaneng


Semakin ramai sekarang cheq tengok segelintir rakyat Malaysia yang semakin BODOH IQ depa. Mana taknya, depa dah tak boleh menilai apa itu hak asasi manusia. Politik punya pasai, depa sanggup buat apa saja walaupun 'membela' nasib rakyat yang bukan warganegara Malaysia.

Cheq bukan nak bela mana-mana parti politik. Tak kira sape pun kalau ada tak kena kita balun saja. Tujuannya untuk capai perkhidmatan yang lebih baik pada rakyat. Cheq marah betul bila ada blogger pakatan rakyat yang cuba untuk memusingkan fakta. Penjenayah yang bunuh pegawai Ambank masih nak ditutup kes macam tu saja ka?

Kalau insiden macam ni kena pada mak bapak korang, apa korang rasa? Cheq tengok depa ni nak gunakan jawapan Anwar Ibrahim yang menyatakan maklumat dari CCTV tak boleh dijadikan bahan bukti. Hangpa semua lupa ka, atau buat2 BUTA KAYU...tengok dengan teliti video CCTV tu.

Masa tembakan dilepaskan, bukankah ada pegawai Ambank yang seorang lagi bersama pegawai Ambank yang terkena tembakan. Walaupun tembakan dilepaskan secara rambang atau tidak, peluru dah kena dikepala dan niat mangkok ni memang nak rompak. Tak kira apa niat sekali pun, dah tercatit dalam undang2 membunuh adalah kesalahan besaq. Awat kita semua nak 'bela' mangkok yang macam ni.

Lagi bodohnya kwn2 cheq dalam pakatan rakyat ni mengulas, kenapa sampai 4, 5 orang Polis yang menangkap mangkok ni. Dah nama pun penjenayah, takkan pasukan Polis Pelancong yang nak tangkap mangkok macam ni. Inilah dia manusia yang BODOH PEMIKIRAN DEPA.

Pikiaq tak apa dosa pegawai Ambank yang dibunuh tu? Pikiaq tak anak dan keluarga dia? Merompak sekali pun kenapa perlu sampai membunuh? Pada cheq lantaklah apa hangpa semua nak cakap. Tengok sendiri, rakyat Malaysia menyokong tugas Polis yang cekap menyelesaikan insiden ini.

Cheq sokong tindakan Kerajaan yang ambil serius pasal warga asing yang kerja pak guard ni. Jangan nak salahkan Kerajaan kata tak bagi peluang pekerjaan pada rakyat Malaysia. Hangpa semua ni nak sangat ker kerja pak guard ni.

Rakyat Malaysia kebanyakkannya memilih kerja. Nak kerja jadi bos jer...duk dalam aircond jer. Tapi tau tak diri sendiri tu layak ke tak untuk kerja jadi Bos tu? Awat dulu malas nak belajaq tinggi2 haa. Pikiaq sendiri naaaa.....

Ada kata, pak guard ni pakai IC palsu salahkan kerajaan lagi:

KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh pegawai AmBank, Laode Ardina Laode Rasila dipercayai membeli kad pengenalan palsu daripada seorang lelaki warga Indonesia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pembelian kad pengenalan palsu itu dibuat di Malaysia dan ia bukan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dia (suspek) mengaku membeli kad pengenalan itu dari seorang lelaki warga Indonesia. Kita sedang menyiasat berkenaan dengan penjualan kad pengenalan palsu.

“Ini kad pengenalan palsu, bukan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan suspek juga membeli kad pengenalan itu di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Joemar dipercayai menjadi dalang utama merancang rompakan tersebut.

Menurut Khalid, rakan suspek itu juga dipercayai memiliki sebahagian besar wang hasil daripada rompakan itu.

Semalam, Laode Ardina diberkas oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman dalam Ops Cantas yang dijalankan Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Suspek dipercayai terlibat dalam rompakan di sebuah cawangan Ambank, USJ 2 Sentral pada 23 Oktober lepas menyebabkan seorang pegawai operasi bank terbabit, Norazita Abu Talib maut terkena tembakan di kepala.

Suka hati hangpa nak bawak 1 lori lawyer nak bela mangkok ni, lantak hangpa la. Kena ingat doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah S.W.T. Kalau dah BODOH tu janganlah melantun2 sangat naaaaa.....



BODOH BERTENGKEK-TENGKEK! BODOH BERTENGKEK-TENGKEK!!!!