Wednesday, February 26, 2014

SISTEM PBS BIKIN CIKGU BOLEH JAHANAM? YANG SYOKNYA SIAPA?? @MuhyiddinYassin @KemPendidikan @NajibRazak


Assalamualaikum semua. Per habaq? Lama rasanya aku tak menulis, banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. Lama tak menulis ni, banyak pulak al kisah politik tanahair yang duk pening kepala bila aku tengok. Macam2 jadi la ni, elok2 dah buat PRU13 ada pulak yg duk pandai2 ajak semua buat PRK.

Pada aku senang, dua2 parti bodoh...menyusahkan rakyat dan rakyat pun jadi bodoh sebab kena buang undi lagi sekali. Bukannya wakil rakyat yg hangpa pilih aritu mati terkangkang ka...ape ka. Betui tak??

Kita tolak tepi pasal politik PRK ni semua. Kalau layan bukannya datang faedah pun. Yang aku sedih skang ni dengan sistem pendidikan negara kita sekarang ni. Kenapa dulu masa buat tak pikiaq langsung buruk baiknya?

Contoh PBS ni...laksanankan sistem ni untuk memudahkan kerja guru-guru atau nak menjahamkan diaorang? Awat PBS ni menyusahkan guru-guru? Awat sampai nak selesaikan maklumat seorang pelajar memakan masa sampai 1 jam? Kata sebelum ni PBS canggih tapi kalut gak aku tengok. Boss2 kat Kem Pendidikan, hangpa semua takda mata dan akai ka tuk pikiaq hal ni dari dulu lagi??

Lanie aku tengok isu pendidikan dah jadi isu politik. Perlu ka jadi lagu ni? Cuba pikiaq, dua2 parti amik kesempatan dan masing2 nak tunjuk hero...kata depa tu salah bodoh tak pandai...dan sorang kata depalah paling pandai. Yang jadi mangsa siapa?? Anak2 kita gak yang duk belajaq kat sekolah kerajaan la nie.


Sekarang tengok dengan PRK nya lagi, dua2 parti nak tunjuk hero kononnya boleh selesaikan masalah rakyat. Pada pihak kerajaan BN pula, jangan marah kalau sekarang ni cikgu2 duk malas nak sokong hangpa semua. Memang betul tindakan cikgu2 ni, aku setuju....sebab dah lama sangat pemimpin UMNO ni duk senang lenang. Cakap saja pandai tapi kerja tak buat demi untuk rakyat.

Paling best sekarang ni, Kem. Pendidikan kata tangguh PBS. Abis ape benda yang hangpa semua buat selama 3 tahun ni jadi apa?? Nampak sangat buang masa dan tenaga. Yang kenyang vendor yang diberikan projek (open tender ker direct nego yer??) Nak selesaikan masalah??? Pandailah kutu2 vendor yang dapat projek tu PROPOSED solution yg baru. Macam2 la alasan bagi kan?? Nama pun bisness...standard la tu kan. Ingat!! Cikgu2 tak bodoh tau...kalau tak camner depa boleh didik anak2 kita jadi pandai.

Awat baru lani nak kaji semula PBS? Awat dulu tak kaji betui2 ker? Masalah yg sama cikgu2 kena tapi kementerian wat bodoh jer?? Banyak benda jadi lagu ni dalam polisi kerajaan. Contoh pembelajaran Sains dan Matematik dalam English, siapa yang banyak lingkup?? Jawapannya orang Melayu.

Berapa banyak duit kita habis untuk buku, training semua bagai? Pendapat aku sistem pendidikan kita banyak duk ikut cara negara luar...mungkin nampak canggih tapi hakikatnya tak sesuai dengan struktur masyarakat negara kita. PBS ni lebih kurang sama jelah masalahnya. Aku sokong cikgu2 ni demo bagi orang2 Kem. Pendidikan ni bukak mata sikit. Buat demo tak semestinya ikut cara pembangkangkan??


Nak tau lagi pasai PBS ni, aku sarankan hangpa semua baca klik Kat SINI. Semuanya telah terjawab, pandangan bernas dari seorang cikgu. Bila bermula sistem PBS ni sampailah macam2 masalah timbui, semuanya ada kat link yg aku kongsikan tu.

Pokoknya pihak kerajaan sebelum hangpa nak buat apa2 kaji dulu buruk baiknya. Buat test run, kalau jumpa masalah perlu ditambahbaik.....dah perfect barulah implement. Jangan duk sangat ikut atas kertas tu....pegawai2 kementerian pulak jangan asyik 'Ok Boss! Boleh buat Boss! No problem Boss'. Jadi masalah semua nak lepas tangan.....


Jadi Cikgu Penin, Jadi anak murid pun penin. 
Nak jadi lagu apa lepaih ni???


No comments:

Post a Comment