Wednesday, December 11, 2013

LETRIK NAIK, HARGA BARANG NAIK...ADA KER PEMIMPIN UMNO NAK DUDUK DENGAN RAKYAT GOLONGAN PERTENGAHAN DAN BAWAHAN?


Kita semua tau kat Amerika dan sebahagian negara di eropah, kriteria memilih parti yang membentuk kerajaan lebih kepada pendasaran cukai, kesihatan, pekerjaan atau lebih mudah disebut sebagai dasar ekonomi yang MENGUNTUNGKAN RAKYAT dan bukannya konglomerat.

Demokrasi dan pilihanraya di barat sudah tidak perlu ke arah bloodshed atau pertumpahan darah, sebaliknya janjian pilihanraya itu adakah ianya bakal MENGUNTUNGKAN RAKYAT.

Berkemungkinan jika umuq panajng, tahun 2018 kita rakyat malaysia akan menghadapi PRU ke 14. Hakikat PRU di Malaysia, nak tak nak harus diakui ianya semakin menjurus kepada penelitian pengundi terhadap dasar poket dan status sara hidup. Senang citer, harapan rakyat agar poket depa tak susah nak susut. Boleh belanja itu ini yang depa inginkan.

Untuk pengetahuan hangpa semua, tengok PRU 1990 lebih melibatkan kepada pertembungan sokongan kelompok kepada 2 entiti utama, Tun M dan Ku Li.

PRU 1995 lebih memberatkan kepada bagaimana parti politik hendak membentuk sokongan rakyat terhadap mereka. Ia lebih kepada bagaimana PAS, DAP dan Semangat46 mahu mengajak pengundi untuk beralih arah dan menyokong mereka.

Keseluruhannya mengenai poket , sara hidup, pendidik dan kepelbagaian dasar tidak dibicarakan pada tahap pru ini.

PRU 1999, depa semakin mengecil bilamana pertembungan PRU ini sekadar melibatkan permaslahan seorang yang ada masalah moral diterajang keluar dari parti. Sapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

PRU 14 pada pandangan jujur aku, cheq lebih nampak profesional dan terarah mengenai halatuju dasar melibatkan rakyat yang lebih meluas.

Sekarang ni pun orang kampung dah berani membicarakan tentang ekonomi, dalam ertikata mengenai bagaimana ringgit dibelanjakan kerajaan, bagaimana nilaian ringgit itu berkadar dengan kos barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kebanyakan golongan pertengahan Melayu akan melihat PRU 14 ini sebagai cubaan kepada kerajaan jika kerajaan enggan faham masalah kos kehidupan. Sampai bila kita akan berasa sebegini rupa. Macam2 kerajaan habaq mai kata barang itu ini tak naik sebelum PRU, tapi lani macam mana? Itu ini semuanya naik. Botak kepala lagu ni woooooiiii.....

Satu demi satu tindakan kerajaan, menjurus kepada keperitan hidup rakyat. Isunya hanya satu - SUBSIDI DIKURANGKAN.

Memang, tindakan mengurangkan subsidi adalah satu kebijakan fiskal yang baik. Tujuannya bukan sahaja mengurangkan beban kewangan negara, juga mengurangkan defisit perbelanjaan.

Namun, kerana faktor subsidi merupakan elemen yang signifikan terhadap kenaikan harga, maka rakyat terperangkap dengan keadaan itu. Rakyat maksudnya, bukan sahaja pengguna yang terperangkap, malah peniaga, kerana peniaga tidak menggunakan perkiraan rasional dalam menentukan harga barangan.

Harga gula dikurangkan subsidi, tapi harga bawang pulang dinaikan dua kali. Minyak dikurangkan subsidi, tapi harga timun dinaikan dua kali. Macam mana tu? Najib habaq harga barang makan tak kena cukai...awat melambong lagu tu yaa????

Keperitan hidup kini dialami oleh rakyat yang berpendapatan rendah, kerana gaji yang mereka dapat seluruhnya digunakan untuk menampung kehidupan, ertinya tabungan untuk masa depan tidak boleh dilakukan lagi. Inilah pendapat kawan2 yang aku ingin lontarkan, rata2 depa ni kerja dalam golongan pertengahan.

Keperluan kewangan merupakan vital bagi setiap rakyat, mula daripada keperluan anak-anak bersekolah, sehingga kepada keperluan kediaman. Kualiti hidup rakyat sudah terancam, apa lagi mencuba lifestyle zaman moden.

 

Memang mudah, untuk memperkatakan, rakyat kena bersabaq, rakyat kena berkorban, slogan ini, telah wujud sejak zaman merdeka lagi. Slogan lagu ni, kalau zaman nak merdeka dan lepas tu boleh la pakai lagi. Zaman lani sesuai lagi ka? Sampai bila rakyat patut bersabaq?? Dah berapa tahun Malaysia merdeka yaa??

Pada pemimpin semua tak kiralah hangpa tu UMNO ka PKR ka DAP ka PAS ka. Hangpa kena ingat, masih ramai rakyat belum menikmati keperluasan asas sebagai rakyat sebuah negara merdeka. Satu fakta, sehingga kini, tidak sedikit rakyat yang masih belum menikmati air bersih, sedangkan keperluan itu, sangat vital untuk melahirkan kehidupan yang berkualiti.

Di peringkat bandar, malah sudah dicanangkan bagaimana mengadakan tandas yang serba canggih, mesra pengguna dan menepati keperluan kehidupan yang berkualiti. Namun, kita terlupa bahawa mengwujudkan tandas yang bersih, memerlukan air sebagai bahan pembersih.

Kesabaran rakyat ada hadnya, selagi mereka melihat dan menyaksikan ketimpangan sosial, ketimpangan ekonomi dan ketimpangan cara kehidupan. Jangan sampai rakyat hilang sabaq hilang semuanya dalam sekelip mata. Masa tu menangis pun takda guna da oiiiii....

Sebenaqnya, perjuangan kerajaan adalah bagaimana mengwujudkan kesama taraan kehidupan yang lain tu lantak pi dululah. Rakyat boleh bezakan cara kehidupan lagu mana depa nak bawak. 

Paling penting Kerajaan seharusnya memberi penumpuan kepada bagaimana menaik taraf kehidupan rakyat, dengan berbagai kaedah yang mudah dilakukan. Senang citer, bukannya yang berunsur penuh brokrasi, dan hanya dapat dinikmati oleh mereka-mereka yang terpilih.


Ada Otak Pikiaq...Jangan Duk Bebai Jaaaaaa!!!!
 

No comments:

Post a Comment