Isu kebanjiran PATI di Malaysia bukanlah satu perkara baru yang kita dengar. Sudah bertahun-tahun mereka ini membanjiri negara kita dek kerana mahu mencari nafkah untuk keperluan keluarga mereka di negara masing-masing. Aku pun pelik macam mana lah jumlah PATI ini semakin bertambah sekarang ini? Jab Imigresen tak buat kerja ke dulu?
Banyak persoalan timbul yang masih tiada jawapannya. 1 juta PATI di Malaysia, kenapa Imigresen senyap sunyi beberapa tahun yang lepas. Kenapa baru sekarang sibuk nak tunjuk 'Hero' bila arahan baru dikeluarkan. Aku tengok Imigresen sekarang ni dah macam orang baru bangkit tidoq yang lena. Awat bro...cuti rehat sudah habis ka? Ini sekarang baru mau buat kerja ka?
Aku nak ulang balik, bagaimana kemasukan 1 juta PATI ini ke Malaysia. Mereka yang masuk secara haram ini seolah-olah tiada halangan di ke semua pintu masuk Malaysia. Pegawai Imigresen goyang kaki atau Boss nya yang duk bagi arahan jangan kacau depa ni. Buat salah hanya diberikan amaran saja ka? Ikut perangai Pak Hishammuddin sebelum ini ka?
Rakyat marah dengan kebanjiran PATI ini, mereka membawa banyak gejala sosial dan penyakit, walaupun sudah berbuih mulut pemimpin meminta Imigresen melihat perkara ini tapi tidak ada tindakan yang tegas di lakukan, kalau ada pun ibarat melepas batuk di tangga.
Pada aku senang saja, Imigresen dahulunya tak buat kerja. Boss besar Imigresen buat apa? Dia ini harus kita tujukan "kisah misteri" yang masih belum terjawab. Aku dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai...KP ni sibuk melobi untuk jawatan tinggi dalam KDN. Kerja dulu tak settle lagi ada hati nak naik pangkat tinggi ka Dato'?
Wahai Dato' Alias Ahmad..aku nak tanya satu soalan jer. Tanya lebih-lebih nanti hang tak boleh nak jawab plak nanti kan. Mana perginya 50 ribu pelancong Cina yang masuk ke Malaysia sehingga sekarang masih tidak ada rekod yang mereka telah pulang, sehingga kini Imigresen masih belum jawab. Jangan ingat rakyat duk diam mereka buat bodoh saja. Mereka berhak untuk tahu kerana ini soal keselamatan negara.
Aku rasa ade betul jugak tuduhan Pakatan Rakyat kononnya UMNO/BN import 40 ribu Bangla untuk mengundi juga sehingga kini Imigresen tak bagi penjelasan sama ada tuduhan itu benar atau tidak. Hanya UMNO/BN yang berhempas pulas menjawab tomahan itu, di pihak Imigresen macam mana? Takkan setuju saja kot apa yang Pakatan Rakyat cakap tu..??
Baru hal ini, belum lagi dengan Sistem 6P yang dilancarkan oleh Imigresen pada beberapa tahun yang lepas. Aku difahamkan program ini tak berjaya, hanya 2P saja yang dapat dilaksanakan. Maklumat yang aku terima, vendor utama yang dilantik buat duit kaw-kaw dan kontraktor yang kecik depa semua bungkus beg ada yang togel terus pun ada. Kesian.....KP Imigresen tak jawab juga pasal Program Pemutihan PATI ni kan. Senyap lagiiiii!!
Jelas di sini KP Jab. Imegresen GAGAL melaksanakan tugas beliau dan berharap beliau dengan rasa tanggungjawab melepaskan jawatan ini kerana tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan jujur dan amanah.
Bukan sekarang baru nak sedaq bangun buat kerja bro..sudah terlambat bro..Imigresen perlukan Orang Baru, barulah dikatakan Transformasi yang mengantikan taik yang dah bersepah sampai ada yang jadi kering baunya masih melekat dan perlu dicuci sampai bersih. Orang lain punya silap, orang lain yang nak kena cuci pulak kan!
Masih ada Pegawai Imigresen yang dok kira 1 kepala berapa ka?
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.....
No comments:
Post a Comment