Monday, July 1, 2013
Kenapa Orang Ini Harus Diberi Peluang Bertanding Di PRK Besut? @NajibRazak
Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.
Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.
Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar .
Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.
Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999.
Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa.
Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.
Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.
Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090.
Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi. - Sumber
Jika korang masih ingat dengan nama orang gambar di atas nie, aku pun rasa pelik jugak kenapa dia tak diberi peluang bertanding pada PRU13 baru-baru ini. Aku tengok prestasi beliau dalam PRU sejak 2004 hingga 2008 kerusi yang dipertandingkan beliau jumlah kerusi agak majoriti.
Adakah beliau layak untuk mewakili BN jika PRK diadakan di Besut atas sebab kematian ADUN BN yang telah meninggal dunia. Layakkah beliau, apa pandangan korang?
Pakej yang ada cukup, dari segi latar belakangnya dan ilmu yang beliau ada memang sesuai untuk bertanding di Besut.
Wahai Najib Razak....untuk pemilihan calon BN di Besut kali ini biarlah kena pada orangnya. Jangan tersilap lagi dengan pemilihan calon, yang jadi mangsa rakyat sebab meluat bukan calon yang Winable Candidate. Dato' Abdullah Md Zin aku rasa layak tapi faktor umur dia agak veteran.
Ingat!! Terengganu BN menang tipis, kalau salah letak orang jawabnya bungkuslah Terengganu ke tangan Pakatan Rakyat. Wahai Najib buat keputusan biarlah yang terbaik, jangan duk sibuk dengar cakap-cakap orang sekeliling tak kiralah bini hang ka, penasihat hang ka. Nak dengaq, biaq pi ikut cakap orang yang bagi pandangan baik, bukan jadi PUNASIHAT..!!
Pikiaqqqq Najib!! Bukak mata tu noooo....
Thursday, June 27, 2013
NOH OMAR HANYA GILA PANGKAT ATAU NAK MISI RAMPAS BALIK?
.jpg)
Beberapa hari nie aku tengok ramai dikalangan blogger politik hentam Najib sebab lantik Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor yang baru. Zin Badak akhirnya dilempar begitu saja, itulah pasal buat kerja main ikut sedap mulut jerk...jadi terima jelah akibatnya yer.
Aku dengar jugaklah, ada yang sokong dan ramai jugak yang hentam Pak Jawa nie. Masalahnya siapa yang lebih layak jadi Boss UMNO baru kat Selangor nie. Bukan nak cakap ape lah kan, Selangor dah kalah teruk PRU13 baru nie, so ramai pemimpin di Selangor ni lebih selesa kalah ker? Yelah banyak peruntukan turunkan, so boleh lah sakau lebih kan.
Aku tak kisah siapa pun yang pegang Selangor nie, tapi kalau nak rampas balik kepimpinan Pakatan Rakyat kena buat kerja kuat lagi. Jangan asyik dengar cakap orang kaki bodek tapi hasil kerja HABUK PUN TAKDER.
Aku setuju dengan Otai politik bila dia bersuara pasal Selangor nie...
Tun Daim mengulas,
“I think Zin (DS Mohd Zin Mohamed) was a wrong choice. He was dropped from Cabinet by Najib because obviously he didn’t think much of his ability and then you then appoint him as Selangor Umno secretary. I don’t understand Najib’s logic,” Daim said, having pointed out that Sepang Umno Youth chief Datuk Suhaimi Mohd Ghazali had contested against Mohd Zin and that many divisional chiefs had allegedly campaigned against him.
Pandangan peribadi aku, memang susah la BN nak rampas balik Selangor dari Pakatan Rakyat sebabnya dekat 10 tahun diaorang perintah kira lama tu. Rakyat pun tak payah kita nak cakap fikir la mana yang baik buruk, 5 tahun sebelum ni cakap macam tu jugak tapi hasilnya korang tau sendiri kan. Jadi pikiaq la benda yang baru yer....
Najib jangan lepas tangan, malu la wei...berani pikul tanggungjawab jadi Boss UMNO Selangor, kenalah pikiaq jalan selesaikan masalah. Takkan kalah lagi dengan Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Selangor vs Perdana Menteri.
Pikiaq la weiiii....jangan tidoq jer!!
Wednesday, June 26, 2013
HARI PERTAMA BERSIDANG, NAJIB DAH KENA TIBAI DENGAN ANWAR IBRAHIM..?

Awatla kalot sangat Parlimen yang dah mula bersidang hari ini, macam-macam yang aku tengok. Bila BN dah menang dengan jumlah kerusi yang tak dapat majoriti, masih ada ahli parlimen yang tunjuk lagak pandai...perangai mengalahkan Menteri.
Kali nie aku tengok, ramai muka baru ahli parlimen di Dewan Rakyat. Lawak pun ada bila tengok mereka nie berbahas, awal-awal lagi ahli parlimen BN dah kena tibai dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Apa citer nie? Kata buat kursus untuk ahli parlimen...nak memperkasakan ahli parlimen tapi awatlah cakap tu bertabur. Malu la oiiiii....
Soalan yang ditanya oleh geng sendiri pun boleh dia tak nak jawab. Takkan member sendiri pun tak nak backup yer? Alamatnya Najib dah kena lagi la...makin hari makin teruk aku tengok Najib nie. Boss Parlimen pun entah aper dia buat pun tak tau. Kena tibai jugak dengan Anwar Ibrahim sampai tak boleh jawab.
Topik yang dibawa oleh Pakatan Rakyat aku tengok tersusun. Tak kiralah apa yang disuarakan untuk dibahas mempunyai fakta yang kukuh atau pun auta. Bila aku tengok topik dari BN, berterabur pulak. Sekejap cakap isu keputusan PRU13...lepas tu masalah jerebu. Mana satu nak bincangkan masalah negara yang terbaik untuk rakyat.
Kalau macam nielah gayanya 222 orang Ahli Parlimen bersidang untuk penggal baru nie, semuanya cakap nak tunjuk power dan pandai cakap. Masalah rakyat tak diutarakan dengan sehabis baik dan tak dapat selesaikan dengan baik, lagi sekali rakyat kena 'Game' la jawabnya. Dah penat la weeiiiii...aku nie asyik kena 'Game' jerk....
Kalau pemimpin kita pilih masa PRU13 hari tu, cakap jerk pandai. Cukup sampai di sini sajalah yer. Yang penting janji sana sini tu masa kempen dulu, buat kasi tunjuk dulu. Jangan nak bara sana sini yer....asyik kalut jerk parah la weiiii!!!
Pikiaq la weiiiiii...!!
Subscribe to:
Posts (Atom)