Thursday, October 24, 2013

HISHAM CKMM BUKAN KAKI MERAJUK? BUKAN LEMBIK, BETOI KA? @NajibRazak @HishammuddinH2O #pemilihanumno


Apa yang hangpa semua boleh tafsirkan dengan gambaq di atas? Hangpa rasa gambaq ni Kerismudin dah mula goyang kot bila jawatan Naib Presiden dibuka untuk pertandingan.

Pada pemilihan baru-baru ni aku salute tabik spring pada Mukhriz Mahathir yang cucuk angin untuk merebut jawatan Naib Presiden ni. Nasib baik Kerismudin masih bernyawa dan jatuh kedudukannya dalam rangking Naib Presiden UMNO.

Ternyata Shafie Apdal lah calon 'underdog' bukannya Kerismudin. Nampaknya 'GAME PLAN' yang dibuat oleh team Kerismudin makan diri Boss diaorang balik. Tu lah...lain kali bertandinglah dengan penuh cara tertib yang betul. Jangan duk corner sana sini, nasib baik tak tersungkoq macam nangka busuk. Kalau ada perasaan busuk hati ke dengki ker baik hangpa buang jauh2.

Aku nak ucapakan tahniah Kerismudin sebab 'bermati-matia' selamatnya kedudukannya sebagai Naib Presiden. Aku harap dia amik perkara ini sebagai pengajaran, dan jangan main wayang kulit pulak lepaih ni yer!!

Apa yang menariknya, Kerismudin ni masa tempoh kempen pemilihan hari tu aku dapat maklumat dia macam gunakan 'keperluan' yang dia ada sebagai 2 menteri. Boleh ka macam tu? Aku dapat tau lagi siap suruh pegawai2 Mindef pi call dan kumpulkan veteran2 tentera yg ader pangkat dalam UMNO untuk dia buat pertemuan. Katanya talian hayat untuk suruh sokong Kerismudin disaat2 akhirnya.

Paling best sekali Kerismudin siap bawak 'perwakilan terpilih' naik kapal terbang tentera tu ke Kuantan. Macam ni lah pemimpin UMNO, sanggup kongsi apa yang dia ada dengan rakyat jelata. Betui tak??



Aku pulak rasa kesian pada Kerismudin ni, tak patut KJ buat dia macam tu. Aku ikut dan dapat jemputan program ramah mesra Kerismudin dengan perwakilan. Kebanyakkannya KJ attend program Kerismudin ni dan aku tengok dia lambung kaw2 Kerismudin nie. 


Tapi bila sampai masanya, satu undi pun tak diberikan pada Kerismudin ni. UMNO Rembau pun tak bagi pada Kerismudin ni. Memang tak patut la korang buat macam ni kat pemimpin ulong ni....dia ok apa. Gagah berani kan dalam setiap tindak tanduk yang dia lakukan. HERO LAHAD DATU KAN!!

Pada Kerismudin, teruskan perjuangan hang tu. Jangan duk pusing belakang sebab hang kan My 1st Cousin. Apa da hal kan!! Paling penting jangan duk berlakon kuat sangat nanti KANTOI sudah macam mana nak jawab...takkan pegawai-pegawai hang nak tolong jawab kot!!

Kena kesian pada Kerismudin tau, mungkin dah banyak dia habiskan harta karunnya untuk mempertahankan jawatannya. Betul ke tak itu tanya pada tuan punya diri, ye tak? Jangan bersedih Kerismudin, asam dalam politik itu biasa ada kala kita di atas ada kata kita di bawah. Yang penting perbaiki kelemahan dan perangai kita yang orang meluat tengok.

Aku pun tak sabaq nak tunggu bila Najib nak buat RESHUFFLE dalam kabinet menteri. Biasa lepas pemilihan UMNO akan ada sedikit rombakan dalam kabinet. Kerismudin ni elok kita bagi dia jawatan menteri apa yer? Hangpa semua rasa...???

Hangpa semua tolong sat bagi idea pada Najib boleh tak...komen la sikit kat bawah ni. Mungkin ada geng2 Kerismudin ni marah dengan artikel ni, aku nak heran apa. Kalau Boss hangpa semua tak boleh ditegoq, baik tak payah jadi menteri. Jadi Menteri Pasola lagi baik kan. Pikiaq la sendiri naaaaa!!




Kerismudin hang memang best, baik punya menteri!!

No comments:

Post a Comment