Monday, August 12, 2013

PAK MENTERI UMNO MANA YANG HEBAT BOLEH HANDLE KDN?


Satu Malaya kagum dengan keberanian Menteri KDN, Ahmad Zahid Hamidi. Menteri dari Bagan Datoh yang bertelur dan punya karisma tersendiri. Berjaya mewarnai semula KDN dengan cahaya keberanian.

Tangkap dan bermulut laser. Etika yang ada pada diri Menteri KDN ini. Hangpa semua ingat, siapa yang berani 'kepala bapakkan Anwar' kalau bukan Zahid Hamidi. Betui tak?

KDN adalah sebuah kementerian yang hampir keseluruhan agensi di bawahnya berkhidmat untuk masyarakat. Pendek kata, setiap apa yang masyarakat mahukan ianya berkait rapat dengan KDN. Nak IC, Jab Pendaftaran Negara. Nak passport, Jab Imigresen. Kes samun, pecah rumah dan perihal yang melibatkan keselamatan ianya di bawah tanggungjawab PDRM. Senang cerita apa saja semuanya di bawah KDN.

Nampaknya aura jantan Zahid sudah berjangkit kepada Menteri Shafie Apdal. Tahniah. Kita tidak perlu kepada Menteri bacul dan tidak bertelur.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.
  
Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.
  
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di sini hari ini.
  
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Mengenai MoU itu, Mohd Shafie berkata kementerian telah melantik Syamille sebagai pembekal bagi projek ternakan lebah kelulut.
  
"Projek ternakan lebah kelulut ini dijangka memberikan hasil pendapatan tambahan kepada penduduk kampung dan mampu mencecah pendapatan melebihi RM10,000 sebulan ekoran permintaan tinggi bekalan madu lebah kelulut di pasaran tempatan dan luar negara," katanya.
  
Menurutnya, matlamat projek itu adalah untuk mempromosi dan menggerakkan transformasi pemikiran masyarakat di seluruh negara agar mengamalkan pengambilan madu sebagai amalan hidup seharian untuk kekal sihat dan cergas. - Bernama

Nampaknya Zahid Hamidi yang menggantikan Hishamuddin sebagai Menteri KDN bukan sekadar Menteri yang pandai cakap dan tin kosong.

Sebaik menjawat jawatan itu, Zahid memberikan peringatan kepada peserta Blackout bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas dan terbukti Zahid telah membuktikan kata-katanya itu bilamana penyalak-penyalak Blackout telah diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Terbaru, penahanan tayangan filem New Village yang diumumkan Zahid jelas membuktikan bahawa Zahid bukan menteri flip flop. Beliau membuktikan bahawa beliau sangat konsisten dalam soal prinsip dan perlaksanaan tindakan.

Kini kita tidak lagi perlu gusar dengan sekadar amaran demi amaran. Anak Melayu Bagan Datoh ini jelas memberikan ingatan kepada mereka yang sering terlupa akan asal usul dan sejarah.

Kini kita ada Menteri yang sering ingat dalam kepala bahawa beliau adalah anak Melayu yang dilahirkan di sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Hishamuddin telah mentransformasikan KDN semasa beliau jadi Boss KDN dulu. Banyak perubahan yang baik yang dia buat sampai sekarang masih terus dibawakan oleh staff KDN. Pandangan aku siapa pun yang jadi Boss KDN ini akan menerima pelbagai tekanan, cuma yang penting macam mana kita nak handle dengan cara yang tegas bukannya ikut cakap orang.

Aku rasa PM dan pemimpin UMNO lain yang hebat sangat cakap pasal perjuangan bangsa Melayu, tanya pada pemimpin UMNO yang mempunyai semangat Ultra Melayu yang tinggi. Siapa pemimpin tu hangpa semua tau sendiri la kan!!


Pikiaq noooo....jangan duk bawah tempurung sendiri yer!!

No comments:

Post a Comment