Tuesday, July 16, 2013

PEMILIHAN AGUNG UMNO: UMNO BUKAN PEMBELA MELAYU SEBENAR? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @shafieapdal @Khairykj @Rosnah_ARS @umnoonline


Kita semua tau, la nie mesyuarat UMNO di peringkat cawangan telah pun bermula. Hang pa semua ingat mesyuarat kali ini lebih menjurus kepada apa? Usul yang dibawa atau perebutan jawatan yang lebih menjadi keutamaan. Pikiaq noooo....

Aku tengok sejak lepas PRU13 ni, ramai pemimpin UMNO yang dah mulakan gerakan nak timbuskan pemimpin yang sedia ada. Lagi tak syok, masa PRU13 pun depa dah sibuk-sibuk duk atoq siapa yang pegang jawatan tertinggi di cawangan dan juga bahagian. Depa lebih pentingkan jawatan daripada kekalkan BN sebagai parti yang memerintah. Bila tak jadi calon, mulalah meroyan sana sini...sabotaj sana sini. Sampai bila kita mahu ada pemimpin seperti ini? Sama saja perangai depa macam pemimpin Pakatan Rakyat. Betul tak?

Pemilihan UMNO kali ni aku tengok agak panas, lebih kurang macam nak pilihanraya pulok. Pemilihan kali ni cara undian terbuka luas tak macam dulu. Apakah cara baru ini akan berikan sinar baru pada UMNO? Ramai otai-otai UMNO yang sempat aku sembang dengan depa mahukan perubahan drastik dalam UMNO. Depa mahu semangat UMNO macam mereka yang terdahulu, betul-betul perjuangan semangat dan hak orang Melayu.

Persoalannya sekarang, pemimpin UMNO yang ada sekarang mahukan perubahan ke tidak? Tepuk dada tanyalah hati yer. Jangan cakap saja lebih tapi kerja tak buat. Tak hairan jugalah, sumber yang aku dapat ada beberapa pemimpin UMNO yang dah mula 'Round 1 Malaysia'. Tujuannya nak bela ketua-ketua bahagian yang sedia ada. Boleh pakai ker Ketua Bahagian yang hang bela tu? Kih kih kih... Confirm boleh bagi hangpa semua menang ka??


Hangpa semua kena ingat, pemilihan kali ini melibatkan ahli UMNO dari akar umbi. Depa ni semua kebanyakkannya dari kalangan generasi muda. Pada ahli UMNO yang dibawahan ni, pilihlah pemimpin yang benar-benar layak untuk mentadbir negara serta membela nasib bangsa Melayu.

Pemimpin yang membela agama, bangsa dan tanahair. Ramai pemimpin UMNO yang layak dan tunjuk depa ni berjuang pertahankan hak orang Melayu juga agama dan negara. Bukannya pilih pemimpin yang syok sendiri dan tak berani buat keputusan. Bukan pilih pemimpin yang lembik dan takut untuk membuat sebarang keputusan.

Jadi kenapa takut adakan pertandingan untuk kesemua jawatan tertinggi UMNO? Alasan yang diberikan takut ada perpecahan dalam UMNO. Bukan sekarang ni dah nampak, ada puak-puak. Ini orang aku, itu orang dia. Betul tak?

Kalau takut ada perpecahan, yang kat atas tu pandai-pandailah letak jawatan. Tak perlu orang nak cabar dan kalah baru nak turun. Kalau setakat bini pun tak boleh control, macam mana nak jaga UMNO dan NEGARA!

Kalau jadi dulu jadi Menteri pun, orang demo sana sini asyik bagi 'Amaran' jer sapa nak dengaq. Betui tak? Budak sekolah pun kalau asyik kena 'nasihat dan amaran' depa pun boring. Hari-hari buat menda yang sama.

Pada ahli UMNO dan bangsa Melayu, ingatlah sejarah dahulu. Bagaimana susah payahnya pejuang dan pemimpin terdahulu bersusah payah, bergodok gadai berjuang ingin mencapai kemerdekaan.

Fikirkan kita bangsa Melayu takkan mencapai apa yang kita kecapi sekarang. Jangan mudah terpedaya dengan anasir luar, jangan mudah menjual maruah kita demi kepentingan peribadi. Anak Melayu juga boleh berjaya dan bersatu. Orang Melayu harus pilih pemimpin yang jaga hati, maruah dan bangsa Melayu itu sebaik-baiknya.

Ingat, jangan terlalu menyusukan kera di hutan....anak di rumah mati kelaparan!!


Pikiaq noooo....jangan tak pikiaq

No comments:

Post a Comment