Thursday, August 22, 2013

Cari Sampai Lubang Cacing - Fuiyoooo Dahsyatnya Naib Presiden UMNO Sorang Ni..!!


Awatla dengan Pak Menteri UMNO sorang nie yang hanya tahu cakap lebih. Masa kes Lahad Datu, Menteri CKMM (Cium Keris Minta Maaf) ini kata mereka bukan pengganas. akhirnya Lahad Datu diisytiharkan darurat.

Aku pelik jugak bila kes kemalangan di Genting Highland nie. Amat berbeza kenyataan dia, bila kejadian kemalangan di Genting Highland, boleh pulak dia kata "cari sampai kelubang cacing"

Sepatutnya kenyataan macam ini harus ditujukan semasa insiden Lahad Datu bukan insiden kemalangan. Betul tak wahai Pak Hishammuddin?

Hangpa semua bacalah sendiri kenyataan CKMM ni yer....

Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.

"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini, Rabu.

Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan.

Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.

"Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan meminta pengunjung tidak melawat pusat peranginan Genting Highlands buat sementara waktu, Hishammuddin berkata semua itu bergantung kepada siasatan awal sama ada ia berkaitan keadaan bas, pemandu atau keadaan jalan.

"Banyak sangat kemungkinan. Jadi, sebelum saya dapat maklumat yang lebih terperinci, saya tidak boleh memberikan keputusan yang tepat berkaitan perkara itu," katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas.

Antara kenamaan yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. - BERNAMA

Aku tengok satu persatu CKMM nie nak coverline salah dia dulu. Korang tengok sendiri  dengan menahan seorang anggota Polis sehingga dipenjara 7 tahun kerana dikatakan menyimpan maklumat dan dikaitkan dengan kematian anggota polis sedangkan Menteri Lembik ini sendiri yang kata mereka yang menceroboh itu bukan pengganas.

Pada Pak Menteri Hisham, untuk julung kalinya lakukanlah yang terbaik. Fikirkannlah bersama dengan anak buah anda jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah kemalangan maut ini, terutama sekali yang melibatkan perkhidmatan awam seperti bas. Janganlah ianya berulang lagi.

Jalan yang berbukit curam wujudkanlah jalan yang terbaik. Jangan asyik cakap tanpa fikirkan cara terbaik, kang hang jugak yang asyik kena balun. Tegaslah sikit dalam membuat keputusan yer.



Semua pikiaq sama nooo...jangan Pak Menteri buat kerja sorang ja!!

Tuesday, August 20, 2013

Bila Melayu Buat Hal Dihukum Sampai 'Terduduk', Bila Cina Dakwa Ala Kadar Jer! Kerajaan Jenis Apakah Ini?


Aku terasa amat terkilan dengan cara pihak berkuasa negara kita menangani kes Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Alvin dan Vivian juga telah menjatuhkan maruah negara kita dengan kes gambar lucah di blog mereka tapi pihak Kerajaan masih berlembut dalam menangani isu sebegini, sama saja mcm kes Namewee menghina lagu Negaraku.

Tak ada tindakan langsung! Tindakan yang ringan, tahan masuk penjara sekejap...dakwa di mahkamah lepas tu ikat jamin. Ape cer??

Aku rasa hairan dan pelik, kalau anak-anak Melayu yang buat hal ini hari jugak kena tangkap dan didakwa..tapi bila melibatkan bukan Islam, lansung tidak ada tindakan malah dilambat-lambatkan. Kes yang lagi satu, beberapa orang anak muda Melayu terus ditangkap dan didakwa kerana memukul seorang anak muda cina di Shah Alam gara-gara menghina agama Islam, selang beberapa jam sahaja Polis terus cekup anak muda Melayu ini, nampak tak??

Kalau anak Melayu saja buat hal cepat saja Polis serbu, efisyen sungguh!! AAgama Islam kena hina pun tak berani nak ambil tindakan. Ini adalah sesuatu yang amat menjengkelkan sekali bila Kerajaan TAKUT dengan musuh Islam!

Pasangan muda itu sebelum ini pernah menggemparkan dunia laman sosial apabila memuat turun adegan porna (seks) mereka menerusi Youtube. Perbuatan Alvin dan Vivian menghina bulan Ramadhan, bulan mulia lagi penuh keberkatan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Di Parlimen, wakil-wakil rakyat sama ada daripada BN dan Pakatan Rakyat turut sepakat mengutuk perbuatan tersebut dan mahu tindakan keras diambil.

Semuanya marah, kesal dan mahukan Alvin dan Vivian dikenakan tindakan undang-undang malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Pathail sendiri memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ternyata sedih berhubung isu tersebut meminta kerajaan tidak lagi berlembut menanganinya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula menegaskan kegagalan Kerajaan bertindak tegas akan mengakibatkan rakyat menganggap maruah umat Islam boleh dipermainkan dan Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai.

Manakala saya difahamkam sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.

Aku sendiri jadi keliru dalam hal ini kerana pasangan anak muda China itu masih juga bebas. Kalau saranan dan keluhan mufti pun tidak mahu dengar, pandangan siapa lagi yang kita nak pakai?

Semua orang terutama pihak penguasa undang-undang semuanya bercakap mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap pasangan tersebut, tetapi soalnya bila?

Sehingga ke hari ini aku difahamkan masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.

Aku juga difahamkan bahawa jika ada orang Islam yang tidak berpuasa, masa itu juga akan dikenakan tindakan.

Tetapi dalam isu anak muda China ini, agak pelik walaupun media menyiarkan puluhan berita kecewa dan sakit hati orang Islam di atas perbuatan Alvin dan Vivian tetapi tidak ada apa-apa.

Justeru, apa maknanya kita marah dan kecewa dengan perbuatan 'gila' pasangan China itu sedangkan mereka pula ketawa sakan kerana mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang.

Apa guna kita menjerit terlolong kononnya sakit hati apabila agama suci kita, Islam dihina sebegitu rupa sedangkan mereka yang menghinanya bebas lepas.

Menteri, wakil rakyat, tokoh korporat, ketua parti, pemandu teksi, guru sekolah, penjual kuih pasar Ramadhan, mat rempit , di masjid, di surau, di pasar malam dan di rumah ketika menunggu waktu berbuka, semuanya marahkan Alvin dan Vivian.

Tetapi apa hasilnya, termasuk laporan polis yang dibuat terhadap pasangan biadab tersebut? Apa hasilnya selepas mereka ini didakwa di mahkamah dan dibenarkan ikat jamin macam tu saja.

Rakyat terutama umat Islam sedikit sebanyak berasa kecewa dengan 'ketegasan' undang-undang yang ada. Pandangan aku, jika kalangan mufti dan tokoh agama negara kita sudah pun bersuara, sepatutnya Alvin dan Vivian telah dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana ini bukan soal eksploitasi politik tetapi membabitkan maruah dan harga diri umat Islam. Kes seperti ini tidak perlu lagi kepada menerima maaf dan bertolak ansur kerana jiwa dan perasaan orang Islam telah lama terluka!


Jangan bagi depa nie besaq kepala. Pikiaq sama naaaaa!!